Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 17 August 2018

CERITA SEBENAR PEMANDU BAS RAPID KL Merempuh Kereta di Jalan Ampang

[CERITA SEBENAR PEMANDU BAS RAPID KL Merempuh Kereta di Jalan Ampang] | Gempar malam tadi bila tular video Pemandu Bas Rapid KL merempuh 7 kenderaan di Jalan Ampang.

NASIB PEMANDU BAS RAPID REMPUH KERETA


Pengguna jalan raya di sekitar kawasan Ampang di ibu negara pada Khamis malam dikejutkan dengan insiden sebuah bas yang dipandu laju hingga merempuh beberapa buah kenderaan lain.

Insiden itu dipercayai bermula di kawasan Keramat berdekatan dengan sebuah kilang pemproses produk farmaseutikal di Keramat hinggalah berakhir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Insiden itu mula menjadi kecoh dan tular di media sosial apabila rakaman orang awam yang menjerit sambil menunggang motosikal cuba mengejar bas tersebut.

Dalam video tersebut, bas yang dipandu secara semberono itu juga akhirnya terhenti setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila masuk ke susur MRR2.
Pemandu bas tersebut juga telah ditahan oleh orang awam sementara menunggu kedatangan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian tersebut kepada Astro AWANI.

“Insiden itu bermula dari kawasan berdekatan kilang Texas Instruments di Keramat, sebelum bas itu meluru masuk ke arah Jalan Jelatek dan membelok ke Jalan Ampang menuju Ampang Point.

“Ia melibatkan sebuah bas dan tujuh kenderaan lain. Setakat ini (maklumat) tentang kecederaan masih belum diketahui. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

Sementara itu, berikut adalah respons daripada Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof berkenaan insiden itu dalam satu sidang media di Taman Maluri, Cheras.

"Kapten (pemandu) bas itu sudah berkhidmat selama dua tahun dan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

"Punca kejadian masih belum dikenal pasti, namun kami memohon maaf kepada orang ramai atas insiden ini," katanya.- Astro Awani


..................................

Kita janganlah pulak menghukum mana-mana pihak, kena tunggu hasil siasatan polis. Sudah tentu apa-apa alasan yang pemandu bas rapid itu bagi tidak boleh melepaskan beliau daripada di saman dan dihukum kerana sudah jelas kesalahan yang beliau lakukan. INILAH NASIB PEMANDU BAS RAPID TERSEBUT.

..................................

Anda Stress???

Hubungi saya untuk atasi segera masalah tersebut. www.wasap.my/60199978427. Produk ada GMP Kementerian Kesihatan & Halal Jakim dan Gerenti Insuran Liabiliti 1 Juta USD.

Asyraf Adnan
ID : 4985676
Zhulian Trusted Distributor
Jurubekam Iman Al Hijamah Ent.

No comments:

Post a Comment