Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 7 July 2017

TAK HABIS-HABIS DENGAN ANJING | GAMBAR PAK ARAB SALAM ANJING PULAK JADI MODAL

TAK HABIS-HABIS DENGAN ANJING | GAMBAR PAK ARAB SALAM ANJING PULAK JADI MODAL | Semalam aku tulis artikel pasal hukum bela dan pegang anjing, dalam FB dah bising dok bahas pasal ni. Semua keluar hujah masing-masing, tapi di akhir-akhir perbincangan tersebut dah makin tak ok. Mungkin sebab adanya sentimen ketaksuban kepada guru masing-masing. dan mungkin dah rasa diri ni makin pandai.

Kenapa jadi lagu tu. Ni aku nak cerita sikit.

Ni gambar Pak Arab salam anjing, korang boleh tengok kat TUKAR TIUB. Korang kena kenal siapa Tukar Tiub ni. Orang macam Tukar Tiub ni ramai. Dia letak je gambar Pak Arab salam anjing, lepas ni berdiskusilah kita sesama kita yer. Lepas ni gambar Pak Arab Cium Babi pulak.

Pak Arab Pegang Anjing

Ok, korang pergi pula kepada kenyataan TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA Ketua Pengarah Jakim pada 5 Julai 2017 seperti link kat bawah ni :-




Korang dah baca kan...

Korang baca pulak orang yang komen kenyataan media Ketua Pengarah JAKIM ni.

Pendakwah Wan Ji Wan Hussin:

Tiada satu nas daripada al-Quran dan hadis menyatakan haram pegang anjing. Tiada satu pandangan ulama muktabar pun yang mengatakan haram pegang anjing.

Yang ada, mazhab Syafie menyatakan perlu basuh apabila menyentuh atau tersentuh anjing dengan tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah.

Saya kira, mendesak agar bertaubat itu tidak tepat, kerana ia tidak melibatkan kepada dosa langsung. Dosa ditentukan oleh wahyu, bukan Jakim.

Peguam hak asasi Syahredzan Johan:

Jakim tidak ada bidangkuasa untuk menentukan hukum (kecuali dari segi pengeluaran pensijilan Halal) mahupun mengelurkan fatwa.

Jakim tidak ada bidang kuasa untuk “menegur” atau “menasihati” sesiapa tentang hukum hakam membela anjing.

Oleh itu, Jakim tidak wajar campur tangan dalam apa yang sepatutnya dalam bidang kuasa majlis agama dan mufti-mufti.

Peguam dan aktivis Siti Kasim:

Jakim menghina Islam. [Selepas memetik ayat 4 surah al-Maaidah], bertaubatlah Jakim. Anda melanggar kata-kata Tuhan.

INI PULAK PENDAPAT AKU LA KAN...

"DARI TUKAR TIUB SAMPAI 3 ORANG YANG KOMEN KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JAKIM PASAL ANJING NI, AKU KIRA SEBAGAI SATU PERMAINAN PERSEPSI  YANG MENGELIRUKAN  UMMAT ISLAM. 

ANDAI TAK ADA KEPUTUSAN YANG JELAS TENTANG INI. KEMUNGKINAN MASYARAKAT BERMUDAH-MUDAH SOAL INI.

TAPI KORANG TENTU TAK SETUJU KAN? SEBAB KORANG RASA MACAM DITUTUP PINTU ILMU UNTUK BELAJAR DAN BERBEZA PANDANGAN KAN?

ITU LANTAK KORANGLAH YER. BAGI AKU KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JAKIM PASAL ANJING TU TAK ADA MASALAH PUN."

Soal taubat, dosa dan pahala dan bidang kuasa JAKIM aku tak sentuh yer, aku sentuh tak de salahnya JAKIM keluar kenyataan tu untuk jaga Hal Ehwal Ummat Islam. Itu saja. Kadang kala semua benda yang kita suka komen tidak baik pun untuk Islam, masyarakat atau untuk diri kita sendiri. Kita pikir la sendiri, jangan pikir kita saja pandai. SEMUA BENDA NAK KOMEN.

KOMEN sebenarnya bagus, KOMPLEN pun bagus juga...Tapi nak word yang mana...TANYA HATILAH PENGOMEN DAN PENGKOMPLEN SEKALIAN.

Nah aku bagi lagi tentang KEDUDUKAN ANJING DALAM ISLAM keluaran JAKIM




by : Iman Bekam

No comments:

Post a Comment