Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 13 July 2017

[TAHUKAH ANDA MPKB-BRI ADALAH KERAJAAN TEMPATAN PALING PELIK DI MALAYSIA]

[TAHUKAH ANDA MPKB-BRI ADALAH KERAJAAN TEMPATAN PALING PELIK DI MALAYSIA] | Korang tentu berasa pelik kan, kenapa aku katakan Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Kelantan ni adalah Kerajaan Tempatan yang pelik.

MPKB-BRI ADALAH KERAJAAN TEMPATAN PALING PELIK DI MALAYSIA

Kalau korang nak tahu info MPKB-BRI ni adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti perniagaan di kawasan yang diberikuasa kepadanya.

Kebiasaannya PBT ni dikaitkan dengan kawalan-kawalan lesen perniagaan la kan, saman parking dan sebagainya.

Lebihnya MPKB-BRI ni, bukan sahaja memastikan kemajuan kawasan dia dari segi material, tetapi dari segi Modal Insan.

Kalau di tempat lain atau di negeri-negeri lain ianya diserahkan kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Kalau di Kawasan MPKB-BRI Syarat-Syarat Lesen Yang Perlu Dipatuhi oleh pemegang lesen menyebut :

“Semua pemegang lesen serta pekerja Islam hendaklah berpakaian menutup aurat dan bagi pemegang lesen dan pekerja yang bukan Islam hendaklah berpakaian sopan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam”.

Inilah satu usaha yang baik dan ditentang oleh ramai pihak pada peringkat awal penguatkuasaannya.

Korang buleh baca sejarah bagaimana kuasa yang diperuntukan kepada MPKB-BRI ni dalam menguatkuasakan Undang-Undang menutup aurat di bawah ni.




SEBENARNYA UNDANG-UNDANG MENUTUP AURAT NI DAH ADA ENAKMEN YANG DIPERUNTUKAN DI NEGERI-NEGERI LAIN

DI NEGERI TERENGGANU

BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN

Seksyen 35. Mendedahkan tubuh di tempat awam.

Seseorang perempuan yang mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya yang menimbulkan ghairah di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


(VIDEO)
PAKAIAN TIDAK SOPAN, KERAJAAN TERENGGANU SOKONG TINDAKAN MAIDAM 
[24 Feb 2015]

DI NEGERI PAHANG

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI

Seksyen 53. Berpakaian tidak sopan di tempat awam

Mana-mana orang yang berpakaian tidak sopan di tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


DI NEGERI MELAKA 

DI NEGERI MELAKA PUN DIKUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG AURAT NI. 


MAKA AKU MERASAKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG KATANYA ISLAM TU PATUTLAH DIHUKUM DALAM PILIHANRAYA NANTI.

KALAU UNTUK KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG MENUTUP AURAT NI PUN TAK BOLEH BUAT.

AGAK-AGAK KORANG LAH, ISU-ISU LAIN TU DIA NAK PANDANG KER?
TEPUK DADA TANYA SELERA LAH YER...

by : Tinta Asyraf

No comments:

Post a Comment