Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 6 July 2017

MELAYU BELA ANJING [DR MAZA KATA TAK PERLU SAMAK KALAU PEGANG ANJING] | TAK KENA JILAT TAK PE

MELAYU BELA ANJING [DR MAZA KATA TAK PERLU SAMAK KALAU PEGANG ANJING] | TAK KENA JILAT TAK PE | Hari ini aku tengok video orang melayu bela anjing, bulan 5 hari tu pun dah ada orang yang bela anjing juga. Makin ramai orang melayu bela anjing sekarang ni.

BELA YANG NI KALAU NAK SANGAT

Aku pun sekarang dah berjinak-jinak dengan jenis-jenis anjing ni. Anjing betul...salah anjing juga.

HARUS BELA ANJING JIKA ...

Aku dengar hujjah daripada Ustaz Azhar Idrus berkenaan bela anjing ni, katanya Harus bela anjing dalam beberapa perkara iaitu untuk :-

1. Jaga Ternakan
2. Jaga Kebun
3. Jaga Rumah
 
Syaratnya :

1. tak boleh lepas dalam rumah, 
2. tak leh lepas masuk dalam pagar orang.
3. kena letak belakang rumah, dan tak boleh di depan rumah.

Kalau buat begitu 1 hari 1 khirot hilang pahala. 1 khirot = bukit Uhud

HUJAH DR MAZA 

Aku dengar pula hujjah Dr. Maza, seperti mana biasa Dr. MAZA ini sentiasa berbeza daripada orang lain. 

PANDANGAN IMAM SHAFIE DALAM BAB ANJING DAN BABI

"Mengikut Imam Shafie, jilatan anjing ni kena basuh dengan 6 kali air mutlak dan 1 kali tanah. Imam Shafie luaskan lagi bahawa apa sahaja yang basah, seperti bulunya, kulitnya adalah sama dengan jilat, dan Imam Shafie luaskan lagi bila anjing kena samak begitu maka babi juga begitu. Kerana babi ni lebih teruk daripada anjing. Apa alasan babi lebih teruk daripada anjing tidak la pula dikemukakan."-Dr.Maza


PANDANGAN LAIN DALAM BAB ANJING DAN BABI

Mazhab lain berpandangan JILAT tak sama dengan BASAH. Sebab tu pegang anjing tiada masalah tapi kalau anjing jilat, maka kena samak. Ada hadis tentang terputusnya solat

 Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَقطعُ صلاةَ الرجُلِ المُسلمِ -إذا لمْ يَكُنْ بين يديه مثل مُؤخرةِ الرحل- المَرأةُ, و الحمارُ و الكلب الأسودُ. الحديث. و فيه: “الكلب الأسود شيطانٌ”
Shalat seseorang akan terputus jika melintas di hadapannya wanita, keledai, dan anjing hitam (jika di depannya tidak terdapat sutrah seukuran pelana kendaraan).” Dalam hadits ini pula disebutkan bahwa, “Anjing hitam adalah setan” (HR. Muslim).
Ini menunjukkan ada anjing yang melintas semasa bersolat di zaman nabi. 
Mereka kata pegang anjing tak de masalah, sebab dalam Islam ada bab tentang anjing buruan. Tak ada pasal kita nak kaitkan dengan babi sebab nabi tidak kaitkan.
Imam Nawawi yang juga bermazhab Shafie juga mengatakan  Anjing dan babi juga tak sama dari segi dalil. ertinya apa? ertinya bila pegang babi, basuh macam biasa saja.
PANDANGAN IMAM MALIK DALAM BAB ANJING DAN BABI
TAPI kalau ikut IMAM MALIK, beliau lagi hebat, bukan hebat lah tapi lain daripada yang lain. Kalau Anjing jilat tak perlu samak, ini berkaitan dengan hadith yang membenarkan anjing untuk memburu. Imam Malik merasakan konfius dengan hadith kalau anjing jilat kena samak, bukan dia menolak tetapi mungkin ada kelemahan dari sudut riwayat. Kerana pendapatnya nabi bukan kata hadith ni perlu buat tapi hanya panduan sahaja. Menurut Imam Malik juga, tak munasabah kalau tak boleh buat, bagaimana nabi nak memburu. Ini pendapat Imam Malik.
Dr. Maza juga mengatakan bahawa kajian sains mengatakan jika anjing menggigit untuk memburu dia tidak mengeluarkan virus melainkan kalau dia gigit untuk makan dia sendiri.
Kalau ikut Dr. MAZA, dia ikut IMAM NAWAWI bahawa anjing dan babi tidak sama, kalau sentuh babi basuh biasa sahaja.
Tapi Dr. MAZA tak jelaskan pulak kalau anjing jilat atau basah dia nak guna IMAM SHAFIE atau IMAM MALIK...
JADI INI PANDANGAN AKU PULA. BILA RAMAI YANG GUNA IMAM SHAFIE PASAL BAB BELA ANJING NI. MAKA KITA PAKAI YANG MAJORITI LAH. Kena jaga juga sensitiviti masyarakat Malaysia. Seperti yang kita tahu Imam Shafie antara Imam yang paling halus mengeluarkan hukum.
Ada sorang lagi yang sememangnya terkenal dengan pandangan yang berbeza ni. Yang ni korang baca sendirilah yer. Penat dah tulis. Lepas baca korang pilihlah sendiri mana satu yang korang nak pakai yer. 

"Bela anjing tidak haram kata WANJI"



Ini PULAK video ceramah Dr. Maza pasal Anjing dan Babi. SELAMAT MENONTON...DAN SELAMAT MENILAI...

LAST KOPEK PESAN AKU...KALAU TAK ADA KEPERLUAN TAK PERLULAH BELA ANJING NI. TAPI KALAU KORANG NAK BELA JUGA LANTAK KORANG LA YER...
KALAU NAK BELA KENA BELAJAR LE CARA NAK BASUHNYA. ADA BEBERAPA PANDANGAN DAH CARA NAK BASUH TU...PANDAI-PANDAILAH YER NAK GUNA YANG MANA...
By : Imam Bekam

2 comments:

  1. Saya setuju dengan pandangan pak imam.. Bnyak perkara yg perlu diambil kira kalau nak bela anjing ni.. Pelbagaikan sumber yg sahih supaya tidak menjadi syubahah..

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu tuan Luqman...Usah kita bergaduh bab anjing dan babi ni...tapi pemerintah bertanggungjawab untuk mengelakkan hal yang lebih buruk berlaku jika masyarakat tak paham...Walaupun hanya cerita anjing dan babi...

    ReplyDelete