Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 10 July 2017

LAGI ISU KONSERT AWIE KENA KECAM DI KELANTAN | BUKAN KERANA ENAKMEN KAWALAN HIBURAN TAPI KERANA HASAD DENGKI

LAGI ISU KONSERT AWIE KENA KECAM DI KELANTAN | BUKAN KERANA ENAKMEN KAWALAN HIBURAN TAPI KERANA HASAD DENGKI | Aku bukan nak bela Awie atau nak bela Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Tapi aku nak bagi tau yang PAN ni sengaja buat isu ni jadi buah mulut orang supaya Kerajaan Kelantan dibenci netizen.

Konsert Awie dikecam di Kelantan

Aku nak mengajak korang supaya terbuka sikit. Bukan senang untuk memantau hiburan-hiburan di sesuatu tempat dengan kekangan anggota. Di Kelantan ni kira baiklah sebab pusat hiburan, disco, kelab malam dan panggung wayang diharamkan.

Sesiapa yang nak menganjurkan program hiburan mestilah mendapat kelulusan daripada PBT. PBT menggunakan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Korang canang kes PBT tak kuatkuasakan Enakmen tu. Korang main hentam saja yer. Ingat PBT lulus ke permit kalau penganjur tak setuju pergaulan lelaki dan perempuan?

Sebab penganjur jamin pergaulan dan segala peraturan dalam Enakmen tersebut dipatuhi, maka PBT bersetuju beri permit tersebut.

Sama la juga yang Konsert Awie kena kecam di Kelantan. Habis dibangkitkan Kerajaan Kelantan sudah tidak seperti dulu lagi, semasa Tok Guru Nik Aziz ada tak macam ni, Kerajaan Kelantan sudah lain dibawah Nik Amar.

Semua ni hanyalah helah dan penipuan yang nyata tersirat hasrat hasad dengki supaya Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah PAS jatuh dalam PRU 14 nanti.

Padahal semua tahu bidang tugas masing-masing. Enakmen dah ada, penganjur dah setuju, tiba masa kejadian, penganjur langgar syarat. Apa patut PBT buat. PBT boleh stop je. Malam tu ada ke pelanggaran syarat, joget lambak ada ke, joget cucuk langit ada ker, campur lelaki perempuan dan tertonggeng ker.

Kena ingat kuasa budi bicara juga ada dalam undang-undang yang dikawalselia.

Contohnya penganjur buat kesilapan-kesilapan yang kecil, makanya PBT boleh stop je juga kalau dia nak tapi, jika wujdud kuasa budi bicara yang dikawalselia, ia boleh dilakukan mengikut undang-undang yang sedia ada.

Tup tup datang pulak Konsert Ayue Rosalinda di Kg. Berangan, kenapa nak kaitkan dengan PBT pulak, itu dah terang-terang tak dek permit. lagi pulak dia buat kat kenduri kahwin, mestilah tuan rumah yang jemput mereka tu.

Kena tengoklah pulak syarat-syarat hiburan di premis sendiri begitu. Kalau ikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, itu adalah satu kesalahan. terang-terang joget dengan pakaian seksi.

SATU LAGI AKU NAK BAGI TAU KORANG YANG TERHASUT DENGAN DAKYAH PAN NI...

Korang tahu tak berapa denda yang langgar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 tu? Yang korang tak sokong RUU 355 tu apa pasal? Korang tanyalah orang-orang PAN ni. Kata Islam bukan untuk Parti PAS sahaja.

LAGI SATU AKU NAK BAGI TAU KORANG YANG TERHASUT DENGAN DAKYAH PAN NI JUGA...

SELEPAS PROGRAM TERSEBUT AWIE ADA DITEMURAMAH, INI KATA DIA,

“Kita akan bersama-sama untuk mengembali, menyemarakkan semula dan menegakkan semula apa yang kita laungkan mengenai syiar Islam.

“Kita tidak akan selama-lamanya menongkat langit dan rasa beruntung juga kita berkawan dengan orang-orang yang baik,” katanya pada program berkenaan yang turut dihadiri exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Meranti, Nusuruddin Daud.

Inilah dakwah yang telah menjadi contoh yang baik kepada negeri-negeri lain untuk mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan dalam mendidik rakyat. yang PAN pula KOMPLEN, KOMPLEN dan KOMPLEN, bukan nak komplen sangat tapi nak buat persepsi je. Sebab dalam politik persepsi lagi kuat peranan dia.

by: Tinta Asyraf

No comments:

Post a Comment