Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 11 July 2017

INILAH ORANG KATA LIDAH SETAN | APA SUDAH JADI DENGAN ETIKA KEWARTAWANAN

INILAH ORANG KATA LIDAH SETAN | APA SUDAH JADI DENGAN ETIKA KEWARTAWANAN | Apa sudah jadi dengan etika kewartawanan. Suka kepada berita-berita yang fitnah dan mengadu-domba. 

USTAZ TUAN SANGGAH MAHATHIR

Ada satu paper yang terkenal ni, aku pun suka masa Pakatan Rakyat ada PAS. Tapi sekarang, sentiasa menabur fitnah dan mengadu-domba terutama sekali kepada pimpinan-pimpinan PAS.

Ini salah satu artikel yang aku petik. 

ISU BERCANGGAH KENYATAAN 2 PIMPINAN PAS TENTANG MAHATHIR SOKONG ANWAR

1. Kenyataan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man-Timbalan Presiden PAS

Akhbar rasmi PAS Harakah memetik timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir adalah konsisten dengan apa yang dikatakan parti itu - bahawa bekas timbalan perdana menteri adalah mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie.

“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya PAS sudah lama memperkatakan mengenainya.

“PAS sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah.

“Ini kita harapkan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.

2. Kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah- Naib Presiden PAS


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.

Beliau dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir itu sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.

“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri.

“Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” kata Mohd Amar.

PENDAPAT AKU.

Apa berita ni sengaja highlight kenyataan sahaja, di mana penjelasannya. Sebagai seorang penyokong dan pendokong PAS dan orang yang takut-takut nak sokong PAS tu, usah dilayan berita seumpama ini. Semua ini adalah fitnah yang jelas nak melaga-lagakan pimpinan PAS. 

Mereka ini berhasrat untuk menjatuhkan PAS.

Musuh PAS ni ramai, musuh dalam selimut lagi ramai. Maka berhati-hatilah.

by : Tinta Asyraf

No comments:

Post a Comment