Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 5 July 2017

BLOG SI TUKANG BEKAM | AKU BLOGGER | AKU TUKANG BEKAM

BLOG SI TUKANG BEKAM | AKU BLOGGER | AKU TUKANG BEKAM | Sejak tahun 2014 aku mula berjinak-jinak dengan dunia bekam orang ni, tapi sekarang aku rasa ianya sudah tidak sesuai dengan aku lagi. Penat, letih dan pelbagai karenah orang terpaksa aku layan. Kalau bukan kerana kawan aku sudah tak mau lagi bekam orang.

BLOG SI TUKANG BEKAM | AKU BLOGGER | AKU TUKANG BEKAM

Kisahnya bermula tidak panjang, ianya bermula di kala aku mengalami masalah kewangan yang serius. Di kala itulah bekam menjadi pendapatan sampingan aku. 

Blog? sudah lama aku berjinak-jinak dengan blog ni, sejak dari tahun 2008 lagi, tapi sebab tiada ilmu dan hanya mengikut tular masa itu aku ciptakan blog. Tapi tiada apa-apa income yang aku dapat. Sampai hari ini juga aku tak dapat apa-apa pun dari blog ini. 

Hendak bekam orang penat, letih, malas. Hendak menulis blog kena lawat blog orang, promot supaya orang baca blog aku, semua pakai kudrat. Dulu aku ada blog sehari adalah 6k orang baca blog aku, tapi aku buat tak kisah sehinggalah domain aku tu dah expired. Menyesal tak sudah.

Aku rasa aku kena bangkit semula. Mungkin aku kena guna nama BLOG SI TUKANG BEKAM. Aku rasa ini sahajalah platform untuk aku meneruskan minat aku tanpa menguburkan dunia bekam orang ni.

Aku bukan minat nak cerita tentang orang yang datang bekam dengan aku. habis bekam habis la di situ, aibnya biar aku sahaja yang simpan, itulah etika seorang tukang bekam. 

Baiknya aku cerita pasal politik tanah air, politik antarabangsa, dunia Islam, isu-isu semasa dan pelbagai hal lagi. sebab aku nak orang tahu bahawa SI TUKANG BEKAM macam aku ni juga manusia biasa yang ada kerja lain yang perlu dibuat.

Aku nak juga cerita hal-hal lawak dalam BLOG SI TUKANG BEKAM ni. Bukan serius memanjang. Hal-hal yang viral di alam maya nak juga aku kongsikan.

Banyak benda yang aku nak luahkan kat sini tapi kerana aku sudah tertutup dan regid terhadap dunia bekam ni aku kesampingkan dunia blog aku.

Sekarang, aku mahukan dunia aku itu balik. Aku perlu cari duit, aku perlu bekam orang dan aku perlu BLOG SI TUKANG BEKAM.

Apa lagi yang patut aku kongsikan untuk jadikan aku sebagai orang dalam BLOG SI TUKANG BEKAM |ini yer? Aku kenal Ben Ashaari pada tahun 2010, Aku kenal Que Achmad tahun 2009, Aku kenal Kaki Sembang dan ramai lagi blogger-blogger tanah air. Mereka masih kekal sampai sekarang berblog tapi aku?

Sampai bila aku nak jadikan blog sebagai tempat lauh perasaan sahaja. Sekarang aku nak jadikan BLOG SI TUKANG BEKAM ini sebagai Blogger dan Tukang Bekam.

Tak kisahlah nama apa pun, aku sasarkan orang baca blog aku, IMAN BEKAM akan kekal di dalam blog ini dengan tambahan BLOG SI TUKANG BEKAM.

Cukuplah sekadar ini intro aku. aku nak cari kisah lain pulak.

2 comments: