Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 27 July 2017

[BEKAM TAMAN TAS KUANTAN] | BOOKING SEKARANG!!! 20 Pelanggan Awal Setiap Bulan FREE Minyak Bidara/Madu Asli

[BEKAM TAMAN TAS KUANTAN] | BOOKING SEKARANG!!! 20 Pelanggan Awal Setiap Bulan FREE Minyak Bidara/Madu Kelulut Asli.

BOOKING SEKARANG!!! 20 Pelanggan Awal Setiap Bulan FREE Minyak Bidara/Madu Kelulut Asli.

Tawaran untuk 20 Pelanggan Awal Setiap Bulan FREE Minyak Bidara/Madu Asli. Ini tawaran gila-gila punya ni.

Bukan setakat bekam sahaja murah, dapat FREE lagi barangan yang berkualiti tinggi. Anda bayangkan lah anda berbekam dengan saya dan dapat lagi free gift Minyak Bidara atau Madu Asli. Tak kan tak nak kan?

Kalau anda nak, bookinglah sesi bekam dengan saya bermula setiap 1hb hingga 5hb. Setiap sesi bekam perlu dibuat  dalam bulan tersebut sahaja. Kalau anda booking selepas daripada tarikh tersebut melepaslah Minyak Bidara atau Madu Asli tersebut. 

BOOKING AWAL DENGAN SEGERA [BEKAM TAMAN TAS KUANTAN] | BOOKING SEKARANG!!! 20 Pelanggan Awal Setiap Bulan FREE Minyak Bidara/Madu Asli. 

Saya rasa saya tak perlu terangkan Khasiat Minyak Bidara di sini sebab masing-masing sudah tahu apa khasiatnya kan, terutama sekali untuk bayi kembung perut dan  angin satu badan. Insyallah ok.

Harga Minyak Bidara ni pun bukanlah mahal sangat kalau dibandingkan dengan Minyak Atar. Harganya RM 20 setiap botol.

Madu Kelulut Asli pulak saya akan bagi percuma  yang mana ianya terbukti lebih berkhasiat daripada madu asli biasa. Harganya pun RM 20 sebotol 50g

BOOKING SEKARANG!!! 20 Pelanggan Awal Setiap Bulan FREE Minyak Bidara/Madu Kelulut Asli.

UNTUK LEBIH FAHAM SAYA RINGKAS DI SINI.
  • MASA DAN TARIKH BOOKING AWAL 
    • Dibuka 1 hb - 5hb sahaja.
  • TARIKH SESI BEKAM YANG PERLU DIBUAT
    • 1 hb - 31hb dalam bulan yang sama booking dibuat.

Pendek kata kalau anda booking 6hb dah tak dapatlah hadiahnya ye. Hanya anda yang booking dalam tarikh 1hb - 5hb dan nak bekam dalam bulan tu sahaja yang dapat yer. LIMITED EDITION ni JOM JOM BOOKING AWAL BEKAM TAMAN TAS KUANTAN

Diulang lagi yer...

Untuk dapatkan hadiah Minyak Bidara atau Madu Kelulut Asli ni anda mesti BOOKING AWAL BEKAM TAMAN TAS KUANTAN BERMULA 1HB - 5HB SAHAJA DAN BERBEKAM DALAM BULAN SEMASA SAHAJA.

20 ORANG SAHAJA YER. MAKNANYA ANDA ADA 5 HARI SAHAJA UNTUK BOOKING AWAL UNTUK MENDAPATKAN TAWARAN BEKAM TAMAN TAS FREE MINYAK BIDARA ATAU MADU KELULUT ASLI.

[BEKAM TAMAN TAS KUANTAN] | BOOKING SEKARANG!!! 20 Pelanggan Awal Setiap Bulan FREE Minyak Bidara/Madu Kelulut Asli.

LELAKI SAHAJA YER...

UNTUK LEBIH MENARIK LAGI ...
  • HARGA BEKAM = RM 60/SESI (10-15 CUP)
  • HARGA MINYAK BIDARA = RM 20
  • HARGA MADU KELULUT ASLI = RM 20

ANDA HANYA BAYAR RM 60 SAHAJA HARGA BEKAM DAN FREE MINYAK BIDARA ATAU MADU KELULUT ASLI. MANA SATU YANG ANDA PILIH?

ANDA BOOKING LAH SETIAP BULAN DARIPADA 1HB-5HB YER UNTUK DAPATKAN HADIAH PERCUMA TERSEBUT.

BOOKING SEKARANG LAJU LAJU LAJU : 0199978427 (ASYRAF)

by : Iman Bekam

Wednesday, 26 July 2017

[BEKAM MURAH DI TAMAN TAS KUANTAN]

[BEKAM MURAH DI TAMAN TAS KUANTAN] | Mahukah anda kalau saya bagi tawaran bekam darah dengan murah. Anda tak perlu datang ke tempat saya. Saya boleh ke tempat anda.

Bekam Murah Di Taman Tas Kuantan

Bekam Murah di Taman Tas Kuantan, senang sahaja nak ke tempat ini, kalau anda berada di sekitar Taman Tas, saya boleh pergi ke rumah anda.

Sesi Bekam Murah di Taman Tas Kuantan hanya mengambil masa 45 minit sahaja. 10-15 cup sahaja dengan harga rm 60.00 sahaja Bekam Murah di untuk sekitar  Taman Tas Kuantan. dan RM 80 untuk di luar Taman Tas, Kuantan

Mudah sahaja. Anda hanya perlu wasap sahaja saya di nombor telefon 0199978427 (Asyraf).

Walaupun Bekam Murah di Taman Tas Kuantan ini murah, tapi saya tidak ada kompromi dengan kebersihan. 

Kami menggunakan klorok, dan strilizer untuk cucian barang-barang bekam tersebut setelah digunakan dan disimpan di dalam bekas kedap udara.

Jadi, anda jangan risau, hubungilah Bekam Murah di Taman Tas Kuantan untuk mendapatkan rawatan daripada kami.

Kami sekarang sangat terhad untuk temujanji Bekam Murah di Taman Tas Kuantan. Hubungilah saya sekarang yer.

by : Iman Bekam

[VONVON HARAM] | PERMAINAN RAMALAN DI FACEBOOK HARAM KATA USTAZ

[VONVON HARAM] | PERMAINAN RAMALAN DI FACEBOOK HARAM KATA USTAZ | KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah.

VONVON HARAM

Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman sosial.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau sekadar 'like' game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun 'update' status game yang mereka main.

Vonvon Haram

Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti terlarang dan melanggar syariat Islam.

"Perlu tengok isu kerana dalam Islam perkara yang berkaitan aqidah tidak boleh dibuat suka-suka. Yang betul itu mungkin kebetulan sahaja," katanya.

Antara soalan ramalan yang mendapat sambutan ramai di laman sosial ialah seperti "Siapakah yang sedang 'stalk' FB anda?", "Siapakah bakal pasangan anda?" dan "Berapa ramaikah anak yang bakal anda miliki?".

Profesor di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad menjelaskan bahawa sekiranya isu tersebut boleh melibatkan kepercayaan dan pegangan seseorang yang boleh mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupannya, ia dikira sebagai melibatkan isu aqidah.

"Saya berpandangan ia boleh dianalogi sebagai mempercayai kepada ramalan yang sangat dilarang oleh Islam.

"Ini boleh dirujuk Surah al-Ma'idah ayat 3 dan juga beberapa buah hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud "Sesiapa yang datang bertemu dengan tukang ramalan, kemudian mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad," katanya. - Bernama

APLIKASI VONVON ADAKALA MENYENTUH SOAL RAMALAN DAN ADAKALANYA MENYENTUH SOAL LAWAK SEPERTI MUKA ARTIS MANAKAH YANG MIRIP DENGAN SAYA. BAGI SAYA INI TIDAK ADA MASALAH.

YANG MASALAHNYA APABILA MENYENTUH, SIAPAKAH JODOH SAYA, APAKAH BINTANG SAYA MENJADI KAYA

ADA HAL BOLEH ADA HAL YANG TAK BOLEH, KITA UMMAT ISLAM DISARANKAN AGAR BERHATI-HATILAH.

By : Tinta Asyraf

Saturday, 15 July 2017

[VIDEO] [SEBAT DI KHALAYAK] | BELUM APA-APA LAGI DAH KRITIK | KUNO | TARIKAN PELANCONG | HIBURAN

[VIDEO] [SEBAT DI KHALAYAK] | BELUM APA-APA LAGI DAH KRITIK | KUNO | TARIKAN PELANCONG | HIBURAN | Inilah dia kalau dah dalam pemikiran tu liberal. Semua benda nak kritik. Tapi hari ni dah tak dengar sangat kritik pasal ni, mungkin dah sedar kot.


Dah kena tegur la tu kot. Mungkin bos besar tegur. BELUM MASA LAGI KITA NAK KRITIKKKK!!! ha ha ha..

Kalau nak kenal sapa geng-geng tu. nah baca ni. TAPI JANGAN LUPA BACA YANG BETUL-BETUL PUNYA


KALAU KORANG NAK TENGOK VIDEO PERBEZAAN HUKUMAN SEBAT KONVENSIONAL DAN CARA ISLAM. KORANG BULEH SCROLL DOWN. 

TAPI JANG LUPA BACA YANG ARTIKEL BAWAH NI, NANTI KORANG TAK PAHAM...

JANGAN SKEPTIKAL, BERI RUANG HUKUM ISLAM SELESAIKAN JENAYAH

1. Keputusan Persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) pada 12 Julai 2017 adalah suatu kejayaan buat umat Islam di negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Bagi umat Islam yang mencintai agamanya, ia adalah suatu khabar gembira dan kita semua wajar merasa bersyukur dengan usaha kerajaan Kelantan itu.

2. Antara lain RUU itu nanti adalah pindaan yang membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari ke atas suspek dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.

3. Seharusnya umat Islam memandang positif usaha Kelantan mendaulatkan undang-undang Islam. RUU ini adalah merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak. Ia memberi gambaran bahawa Kelantan yang diterajui PAS benar-benar serius melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, sekaligus memadam tohmahan bahawa PAS sekadar beretorik dengan Undang-Undang Islam (Hudud), hanya janji politik kosong, politik meraih simpati, tidak berani melaksanakannya dan seribu satu lagi dakwaan liar.

4. Dalam keadaan demikian, tidak kurang yang bersikap skeptikal dengan memberi pelbagai pandangan negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan. Pandangan seorang peguam Nik Elin Nik Rashid yang disiar dalam sebuah portal dengan menganggap langkah kerajaan negeri itu “sangat terkebelakang” dan menyamakan hukuman sebat pesalah syariah di khalayak dengan “kegasaran” iaitu menyerahkan pesalah dan tahanan perang kepada singa lapar di zaman Rom purba. Beliau juga menganggap hukuman sebat kelak akan menjadi bahan hiburan rakyat Kelantan yang dahagakan hiburan di mana mereka boleh menonton wanita disebat kerana kesalahan moral seperti zina, minum arak dan liwat. Bahkan beliau mendakwa bukan sahaja kerajaan Kelantan terlupa “makna sebenar” Islam, ia memaparkan pula versi Islam yang “gasar dan mundur”.

5. Tan Sri Zainuddin Maidin dalam suatu kenyataan pula dengan nada menyindir meminta Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menjadikan hukuman sebat di Kelantan sebagai tarikan pelancong. Kumpulan Sisters Ini Islam (SIS) juga galak dengan kenyataan yang menyifatkan langkah terbaru kerajaan Kelantan sebagai selangkah lebih dekat kepada satu lagi bentuk hukuman “tidak bertamadun”.

6. Bagi saya, pandangan mereka semua ini sangat dangkal dan tidak rasional. Sepertinya mereka takut dan gusar dengan hukuman sebat yang akan dilaksanakan seakan ‘takut dengan hantu di siang hari’. RUU ini baharu sahaja dalam proses kelulusan DUN Kelantan, tetapi mereka sudah bertempik mengkritik dan menghentam dengan penuh prejudis.

7. Sedangkan jika mereka perhalusi dan mengkaji undang-undang dan pelaksanaan Islam bukannya bersifat menzalimi manusia, tetapi lebih kepada mendidik pesalah dan orang ramai. Tidak timbul ia mengaibkan pesalah dan menjadi bahan hiburan atau tontotan awam, kerana jika ia benar-benar dilaksanakan kelak, bakal membuatkan orang lebih gerun melakukannya. Jika kesalahan sebat dianggap mengaibkan, maka adakah pesalah rela diaibkan di khalayak ramai dengan sengaja mahu melakukan jenayah itu jika sedar kesan dan akibatnya? Justeru, Islam mengutamakan pendidikan daripada hukuman, dan dengan sebat di khalayak ini ia sebagai pendidikan paling ampuh agar tidak ada manusia bercita-cita mahu melakukan jenayah.

8. Jika benar dakwaan mengatakan bahawa Kelantan menyaksikan kadar tinggi dalam pornografi, rogol dan sumbang mahram, maka RUU yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan itulah penyelesaiannya. Semoga dengan itu, kadar jenayah, rogol dan sumbang mahram dapat dikekang atau diturunkan. Bagi kerajaan Kelantan, itulah satu kaedah bagi mengawal keruntuhan moral di negeri itu dan banyak lagi kaedah lain yang sedang diusahakan.

9. Sepatutnya, para pengkritik memberi ruang kerajaan Kelantan melaksanakan RUU ini bagi melihat keberkesanannya. Lihat kesannya dalam tempoh lima tahun, jadikan sebagai rujukan dan kajian, maka selepas itu buatlah suatu pandangan atau kritikan. Jangan mudah mengkritik sebelum sesuatu cadangan itu dilaksanakan.

DR Ustaz Riduan Mohd Nor
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Hukuman Sebat Konvensional

Hukuman Sebat Di Mahkamah Syariah Tawau, Sabah

Hukuman Sebat di Acheh

Hukuman Sebat di Acheh (Homeseksual)

Kalau korang tengok video-video tu korang dah tentu tahu mana satu yang lebih praktikal kan. korang akan tahu di mana Islam menghukum dan mendidik.

Korang baca, dan korang pikirlah sendiri yer... nak peleceh Islam lagi ker?

by : Tinta Asyraf

Thursday, 13 July 2017

[TAHUKAH ANDA MPKB-BRI ADALAH KERAJAAN TEMPATAN PALING PELIK DI MALAYSIA]

[TAHUKAH ANDA MPKB-BRI ADALAH KERAJAAN TEMPATAN PALING PELIK DI MALAYSIA] | Korang tentu berasa pelik kan, kenapa aku katakan Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Kelantan ni adalah Kerajaan Tempatan yang pelik.

MPKB-BRI ADALAH KERAJAAN TEMPATAN PALING PELIK DI MALAYSIA

Kalau korang nak tahu info MPKB-BRI ni adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti perniagaan di kawasan yang diberikuasa kepadanya.

Kebiasaannya PBT ni dikaitkan dengan kawalan-kawalan lesen perniagaan la kan, saman parking dan sebagainya.

Lebihnya MPKB-BRI ni, bukan sahaja memastikan kemajuan kawasan dia dari segi material, tetapi dari segi Modal Insan.

Kalau di tempat lain atau di negeri-negeri lain ianya diserahkan kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Kalau di Kawasan MPKB-BRI Syarat-Syarat Lesen Yang Perlu Dipatuhi oleh pemegang lesen menyebut :

“Semua pemegang lesen serta pekerja Islam hendaklah berpakaian menutup aurat dan bagi pemegang lesen dan pekerja yang bukan Islam hendaklah berpakaian sopan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam”.

Inilah satu usaha yang baik dan ditentang oleh ramai pihak pada peringkat awal penguatkuasaannya.

Korang buleh baca sejarah bagaimana kuasa yang diperuntukan kepada MPKB-BRI ni dalam menguatkuasakan Undang-Undang menutup aurat di bawah ni.




SEBENARNYA UNDANG-UNDANG MENUTUP AURAT NI DAH ADA ENAKMEN YANG DIPERUNTUKAN DI NEGERI-NEGERI LAIN

DI NEGERI TERENGGANU

BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN

Seksyen 35. Mendedahkan tubuh di tempat awam.

Seseorang perempuan yang mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya yang menimbulkan ghairah di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


(VIDEO)
PAKAIAN TIDAK SOPAN, KERAJAAN TERENGGANU SOKONG TINDAKAN MAIDAM 
[24 Feb 2015]

DI NEGERI PAHANG

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI

Seksyen 53. Berpakaian tidak sopan di tempat awam

Mana-mana orang yang berpakaian tidak sopan di tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


DI NEGERI MELAKA 

DI NEGERI MELAKA PUN DIKUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG AURAT NI. 


MAKA AKU MERASAKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG KATANYA ISLAM TU PATUTLAH DIHUKUM DALAM PILIHANRAYA NANTI.

KALAU UNTUK KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG MENUTUP AURAT NI PUN TAK BOLEH BUAT.

AGAK-AGAK KORANG LAH, ISU-ISU LAIN TU DIA NAK PANDANG KER?
TEPUK DADA TANYA SELERA LAH YER...

by : Tinta Asyraf

Wednesday, 12 July 2017

PRODUK BIDARA KUANTAN PAHANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DALAM MASYARAKAT | JOM SOKONG PRODUK MALAYSIA

[PRODUK BIDARA DI KUANTAN PAHANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DALAM MASYARAKAT] | JOM SOKONG PRODUK MALAYSIA | Anda sudah tentu pernah dengar tentang Bidara kan? Hari ni saya nak cerita sikit bab Bidara ni. Al maklumlah, untuk kesihatan kita jua. 

Jadi saya nak share tentang Bidara ni pulak, untuk tujuan kesihatan kita semua.

PRODUK BIDARA KUANTAN

Bidara ni banyak nama, Nama Melayu, bidara, epal siam, jujub; Nama Inggeris dia Indian jujube, Dunks, Chinese apple, Malay jujube, Indian plum, Indian cherry, Chinese date, banyak lagi la nama dia , korang cari sendiri lah yer.

PENGENALAN Pokok Bidara atau nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh di Asia dan Asia Selatan. 

Pokok Bidara, pokok renek berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter 40 cm atau lebih; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang.

Daunnya luruh, ovate atau bujur eliptik dengan puncak bulat, dengan 3 urat lekuk membujur di pangkal. 

Daunnya adalah kira-kira 2.5-3.2 cm panjang dan 1.8 kepada 3.8 cm lebar dan mempunyai gigi halus pada pinggirnya. Ia bewarna hijau gelap dan berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah. 

Bergantung kepada iklim, dedaunan daripada Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. 

Buahnya lembut, berair, berbiji boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis dan kecanggihan penanaman, buah mampu mencapai ukuran 6.25 cm panjang dan 4.5 cm lebar. 

Bentuk buah hampir bujur-melonjong, bulat atau lonjong. Kulitnya licin pada am nya berkilat, nipis tetapi padat. Buahnya masak pada berlainan masa, walaupun pada pokok yang sama. 

Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan. 

Rasanya manis dan masam-masam-manis.Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis. 

Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pulak berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. 

Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan berubah menjadi hapak. Terdapat biji keras ditengah, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang. Bunganya kecil, kuning, 5-kelopak dan biasanya berdua atau bertiga di celah daun. 

Bunga putih atau putih kehijauan dan buahnya bewarna oren coklat, 2-3 cm panjang, boleh dimakan dengan pulpa putih mengelilingi 2-locular pirena. Bidara (Z. Mauritiana) adalah salah satu daripada dua spesies Ziziphus yang mempunyai kepentingan terbesar hortikultur, ia itu jujube Cina (Z. zizyphus). 

Jujube India adalah lebih tropika manakala jujube Cina adalah spesies tahan lasak dan sejuk.

SEKARANG NI MELAMBAK KAT PASARAN PRODUK BIDARA DI KUANTAN PAHANG ANTARANYA IALAH :-

  • GEL MANDIAN BIDARA DI KUANTAN, PAHANG
  • JUS BIDARA DI KUANTAN, PAHANG
  • MINYAK BIDARA DI KUANTAN, PAHANG
  • PERFUME BIDARA DI KUANTAN, PAHANG

KAMI DI KUANTAN ADALAH PENGEDAR YANG MENJAGA KUALITI PRODUK BIDARA DI KUANTAN PAHANG INI. 

Saya nak cerita khasiat tapi anda mesti dah tahu khasiat dia kan. Tak pe la sebab anda semua dah tahu, saya tak perlulah bagitahu he he he...

Kalau anda nak dapatkan produk bidara ni boleh la hubungi nombor telefon 013-993 0851 (Azlah). Ejen No. 1 Produk Bidara di Kuantan ni.

USTAZ AZHAR GUNA PRODUK BIDARA DI KUANTAN PAHANG

SEMUA PRODUK GEL MANDIAN BIDARA DI KUANTAN NI ADALAH KILLER PRODUK.
SEMUA PRODUK JUS BIDARA DI KUANTAN NI ADALAH KILLER PRODUK

SEMUA PRODUK MINYAK BIDARA DI KUANTAN NI ADALAH KILLER PRODUK
SEMUA PRODUK PERFUME BIDARA DI KUANTAN NI ADALAH KILLER PRODUK

GILA-GILA PUNYA PRODUK NI. Cepat-cepat order yer.

NAK KE?

KALAU NAK JOM ORDER KAT NOMBOR TELEFON EJEN NO. 1 PRODUK BIDARA DI KUANTAN

AZLAH : 013-993 0851

by : Iman Bekam

Tuesday, 11 July 2017

INILAH ORANG KATA LIDAH SETAN | APA SUDAH JADI DENGAN ETIKA KEWARTAWANAN

INILAH ORANG KATA LIDAH SETAN | APA SUDAH JADI DENGAN ETIKA KEWARTAWANAN | Apa sudah jadi dengan etika kewartawanan. Suka kepada berita-berita yang fitnah dan mengadu-domba. 

USTAZ TUAN SANGGAH MAHATHIR

Ada satu paper yang terkenal ni, aku pun suka masa Pakatan Rakyat ada PAS. Tapi sekarang, sentiasa menabur fitnah dan mengadu-domba terutama sekali kepada pimpinan-pimpinan PAS.

Ini salah satu artikel yang aku petik. 

ISU BERCANGGAH KENYATAAN 2 PIMPINAN PAS TENTANG MAHATHIR SOKONG ANWAR

1. Kenyataan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man-Timbalan Presiden PAS

Akhbar rasmi PAS Harakah memetik timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir adalah konsisten dengan apa yang dikatakan parti itu - bahawa bekas timbalan perdana menteri adalah mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie.

“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya PAS sudah lama memperkatakan mengenainya.

“PAS sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah.

“Ini kita harapkan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.

2. Kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah- Naib Presiden PAS


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.

Beliau dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir itu sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.

“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri.

“Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” kata Mohd Amar.

PENDAPAT AKU.

Apa berita ni sengaja highlight kenyataan sahaja, di mana penjelasannya. Sebagai seorang penyokong dan pendokong PAS dan orang yang takut-takut nak sokong PAS tu, usah dilayan berita seumpama ini. Semua ini adalah fitnah yang jelas nak melaga-lagakan pimpinan PAS. 

Mereka ini berhasrat untuk menjatuhkan PAS.

Musuh PAS ni ramai, musuh dalam selimut lagi ramai. Maka berhati-hatilah.

by : Tinta Asyraf

[ISU CARBON CREDIT 1] | INI JAWAPAN YANG BERNAS MENYANGKAL TUDUHAN LIAR

[ISU CARBON CREDIT 1] | INI JAWAPAN YANG BERNAS MENYANGKAL TUDUHAN LIAR. TELAH selesai Seminar Alam Sekitar-Carbon Credit di Kota Bharu Kelantan semalam anjuran Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG).


Kelantan sedang menerajui satu inisiatif besar dalam cabaran pemuliharaan hutan untuk kekalkan manfaatnya kepada dunia dan kehidupan. Mendahului semua kerajaan negeri, kerajaan pusat sekalipun, malah semua negara yang tidak tersenarai dalam Anex 1 lanjutan dari Kyoto Protocol.

Saya berkeyakinan, semua langkah penting bagi melindungi Kerajaan Negeri, tanah, hutan dan rakyat Kelantan sudah diperhalusi dalam perjanjian pelantikan pihak yang terbabit dalam usaha meneroka inisiatif carbon credit sebagai hasil baru kepada negeri daripada hutan, keluar daripada pergantungan kepada aktiviti pembalakan.

Sejak Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro 1992 dan Kyoto Protocol 1997, malah yang terkini di Paris 2016, dunia mengakui pertembungan antara pembangunan dan kesannya kepada alam sekitar sudah tiba di kemuncak yang membahayakan atmosfera. Dunia sedang berhadapan dengan ancaman kesan perubahan iklim yang makin gawat. Kita pun sedang melihatnya setiap hari.

Sejak itu, puluhan persetujuan bi-litarel dan uni-literal, penubuhan jawatankuasa antarabangsa melalui agensi PBB, deklarasi, inisiatif dan kerjasama diadakan untuk mengawal kesan pelepasan gas rumah hijau, mengelak pemanasan global, menangani climate change dan mengelak kemusnahan kehidupan.

Malaysia yang semakin hilang suara dan pengaruh di arena antarabangsa dalam perdebatan dan rundingan isu alam sekitar diharap dapat menemui semula sentuhannya untuk menjayakan inisiatif carbon credit, REDD, REDD+, PES dan lain-lain kaedah pembiayaan tempatan dan antarabangsa sebagai ikhtiar mengelak kehilangan anugerah hutan akibat pembalakan, perlombongan, perladangan dan eksploitasi.

Melalui penjelasan dalam seminar ini, saya yakin Kerajaan Negeri telah mengambil semua langkah undang-undang yang sangat ketat dalam MoU yang dimeterai. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan pihak kedua dan ketiga adalah isu berasingan, di luar penglibatan Kerajaan Kelantan, dan tidak menjejaskan Kelantan secara langsung maupun tidak langsung. Tuduhan liar kepada Kelantan daripada sesetengah pihak adalah berdasarkan andaian sendiri. Ia hanya usaha menenggelamkan perkara baik, menempel imej buruk kepada usaha murni kerajaan negeri.

Kerajaan Malaysia, kerajaan negeri, masyarakat sivil, NGO, syarikat swasta, multinational company, pakar alam sekitar, penggerak pembangunan lestari dan ahli politik wajar menyokong usaha Kerajaan Kelantan menerokai usaha ini tanpa prejudis, apalagi mencipta isu-isu politik yang 'bodoh' untuk menghalang usaha baik ini.

Saya mencadangkan Kelantan turut meneroka semua laluan untuk membentuk mekanisme yang strategik bagi merealisasikan usaha ini, termasuk melalui kaedah waqaf carbon credit. 

Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. – HARAKAHDAILY 11/7/2017

Monday, 10 July 2017

LAGI ISU KONSERT AWIE KENA KECAM DI KELANTAN | BUKAN KERANA ENAKMEN KAWALAN HIBURAN TAPI KERANA HASAD DENGKI

LAGI ISU KONSERT AWIE KENA KECAM DI KELANTAN | BUKAN KERANA ENAKMEN KAWALAN HIBURAN TAPI KERANA HASAD DENGKI | Aku bukan nak bela Awie atau nak bela Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Tapi aku nak bagi tau yang PAN ni sengaja buat isu ni jadi buah mulut orang supaya Kerajaan Kelantan dibenci netizen.

Konsert Awie dikecam di Kelantan

Aku nak mengajak korang supaya terbuka sikit. Bukan senang untuk memantau hiburan-hiburan di sesuatu tempat dengan kekangan anggota. Di Kelantan ni kira baiklah sebab pusat hiburan, disco, kelab malam dan panggung wayang diharamkan.

Sesiapa yang nak menganjurkan program hiburan mestilah mendapat kelulusan daripada PBT. PBT menggunakan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Korang canang kes PBT tak kuatkuasakan Enakmen tu. Korang main hentam saja yer. Ingat PBT lulus ke permit kalau penganjur tak setuju pergaulan lelaki dan perempuan?

Sebab penganjur jamin pergaulan dan segala peraturan dalam Enakmen tersebut dipatuhi, maka PBT bersetuju beri permit tersebut.

Sama la juga yang Konsert Awie kena kecam di Kelantan. Habis dibangkitkan Kerajaan Kelantan sudah tidak seperti dulu lagi, semasa Tok Guru Nik Aziz ada tak macam ni, Kerajaan Kelantan sudah lain dibawah Nik Amar.

Semua ni hanyalah helah dan penipuan yang nyata tersirat hasrat hasad dengki supaya Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah PAS jatuh dalam PRU 14 nanti.

Padahal semua tahu bidang tugas masing-masing. Enakmen dah ada, penganjur dah setuju, tiba masa kejadian, penganjur langgar syarat. Apa patut PBT buat. PBT boleh stop je. Malam tu ada ke pelanggaran syarat, joget lambak ada ke, joget cucuk langit ada ker, campur lelaki perempuan dan tertonggeng ker.

Kena ingat kuasa budi bicara juga ada dalam undang-undang yang dikawalselia.

Contohnya penganjur buat kesilapan-kesilapan yang kecil, makanya PBT boleh stop je juga kalau dia nak tapi, jika wujdud kuasa budi bicara yang dikawalselia, ia boleh dilakukan mengikut undang-undang yang sedia ada.

Tup tup datang pulak Konsert Ayue Rosalinda di Kg. Berangan, kenapa nak kaitkan dengan PBT pulak, itu dah terang-terang tak dek permit. lagi pulak dia buat kat kenduri kahwin, mestilah tuan rumah yang jemput mereka tu.

Kena tengoklah pulak syarat-syarat hiburan di premis sendiri begitu. Kalau ikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, itu adalah satu kesalahan. terang-terang joget dengan pakaian seksi.

SATU LAGI AKU NAK BAGI TAU KORANG YANG TERHASUT DENGAN DAKYAH PAN NI...

Korang tahu tak berapa denda yang langgar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 tu? Yang korang tak sokong RUU 355 tu apa pasal? Korang tanyalah orang-orang PAN ni. Kata Islam bukan untuk Parti PAS sahaja.

LAGI SATU AKU NAK BAGI TAU KORANG YANG TERHASUT DENGAN DAKYAH PAN NI JUGA...

SELEPAS PROGRAM TERSEBUT AWIE ADA DITEMURAMAH, INI KATA DIA,

“Kita akan bersama-sama untuk mengembali, menyemarakkan semula dan menegakkan semula apa yang kita laungkan mengenai syiar Islam.

“Kita tidak akan selama-lamanya menongkat langit dan rasa beruntung juga kita berkawan dengan orang-orang yang baik,” katanya pada program berkenaan yang turut dihadiri exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Meranti, Nusuruddin Daud.

Inilah dakwah yang telah menjadi contoh yang baik kepada negeri-negeri lain untuk mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan dalam mendidik rakyat. yang PAN pula KOMPLEN, KOMPLEN dan KOMPLEN, bukan nak komplen sangat tapi nak buat persepsi je. Sebab dalam politik persepsi lagi kuat peranan dia.

by: Tinta Asyraf

Sunday, 9 July 2017

[DATUK AWIE DIKECAM PAN KERANA KONSERT DI KELANTAN] DATUK AWIE JAWAB DENGAN SELAMBER JER

[DATUK AWIE DIKECAM PAN KERANA KONSERT DI KELANTAN] | DATUK AWIE JAWAB DENGAN SELAMBER JER | Viral semalam lagi cerita yang Datuk Awie atau nama sebenar beliau Datuk Ahmad Azhar Othman yang mana program Kelantan International Bike Week 2017 yang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV yang diadakan pada 7 dan 8 Julai 2017.

Aku pelik betul la dengan geng-geng PAN ni. Ni aku panggil PAN ni pun tak boleh, kena panggil Amanah. Nak muntah aku panggil Amanah. Wat lari kerusi nak panggil Amanah.

Ini bukan cerita pasal kerusi, ini cerita pasal Konsert Awie malam tadi di Stadium Sultan Muhammad IV. Konsert Awie malam tadi adalah kemuncak program Kelantan International Bike Week 2017. Pada paginya Awie N The geng motor besar mereka tu memenuhi jemputan Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ di Kg. Meranti, Pasir Mas

Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ di Kg. Meranti, Pasir Mas

Yang PAN kritik adalah program konsert Awie semalam, siap ada gambar bukti lagi. Berlakunya percampuran lelaki dan wanita, gambar Awie dengan aweks motor besar yang tak pakai tudung.

Paling win sekali adalah dia persoal sekali tindakan PBT tentang konsert dikir barat oleh Ayue Rosalinda penyanyi dikir barat yang terkenal di Kelantan.

Kecaman-kecaman mereka geng-geng PAN ni nampak baik, berjurus, jujur TAPI SEBENARNYA PENUH KEBENCIAN KEPADA PAS. 

Mereka ni merasakan bahawa mereka ni lah ISLAM yang sebenarnya, lepas tu dok tanam ISLAM ni bukan untuk PAS sahaja. ISLAM ni bukan PARTI. ISLAM ni ISLAM, bukan parti-parti. Kepala bana betullah fikrah macam ni.

Korang baca satu-satu yer apa kecaman mereka ni. Aku cut & paste daripada FB mereka.

KECAMAN NO. 1 : Kaitkan Awie dengan Kelab Malam dia.


KELAB MALAM AWIE

KELAB MALAM AWIE


KECAMAN NO. 2 : Kaitkan Awie adalah Macai UMNO dan Puak PAS dah kena bohong dengan Awie sebab dh agung-agung kan Awie.

AWIE ORANG UMNO

AWIE ORANG UMNO

KECAMAN NO. 3 : Kaitkan dengan Ucapan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man tentang tenguran aurat pada bulan puasa yang lalu. Nampak kan ISLAM PAN di situ.



KECAMAN NO. 4 : Ini yang paling win, kebetulan pulak malam tadi jugak ada konsert dikir barat kat kenduri kahwin di Kg. Berangan oleh Ayue Rosalinda, Penyanyi Dikir Barat yang terkenal di Negeri Kelantan. AKU TAK BUBUH LAH GAMBAR-GAMBAR DIA. SEKSI SANGAT.
PENGESAHAN SHOW ROSALIND DI KENDURI KAHWIN

SELEPAS KENA KECAM NI AWIE DENGAN SELAMBER JE JAWAB

JAWAPAN AWIE SELEPAS KONSERT MEREKA DIKECAM PAN

Padan muka PAN ni, mereka rasa mereka ni lebih baik dari PAS sampai sanggup kaitkan cerita-cerita dan buat drama agar orang benci PAS.

NI AKU NAK CITER DENGAN KORANG YANG TERHASUT DENGAN CERITA PAN NI.

Kerajaan Negeri Kelantan dah kuatkuasakan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. Korang mintak dengan MPKB-BRI la enakmen ni, aku malas la nak bagi semua. 

Yang korang nak pergi salahkan Kerajaan Negeri Kelantan pasa buat Konsert Awie malam tadi ni kenapa? Dah terang-terang Exco-Exco Kerajaan Negeri terlibat sama dalam penganjuran tersebut takkan lah penganjur program tersebut tak dapat lesen? Syarat nak dapat lesen ni pulak kenalah patuhi Enakmen tu.

Yang korang gi kait dengan Konsert Ayue Rosalinda tu apa pasal. Aku percaya sikit lagi PBT akan carilah siapa penganjur kenduri kahwin tu. Aku tak tahu la pulak Enakmen tu terpakai atau tidak di kenduri kahwin.

Last sekali, Sebarang kelemahan di dalam penguatkuasaan Enakmen tersebut tidaklah sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung di dalamnya.

Kalau korang tengok lelaki perempuan dalam konsert tu, korang terus nak blame Kerajaan Negeri Kelantan.

Korang Pikir-pikir la sendiri yer.

by : Tinta Asyraf

Friday, 7 July 2017

TAK HABIS-HABIS DENGAN ANJING | GAMBAR PAK ARAB SALAM ANJING PULAK JADI MODAL

TAK HABIS-HABIS DENGAN ANJING | GAMBAR PAK ARAB SALAM ANJING PULAK JADI MODAL | Semalam aku tulis artikel pasal hukum bela dan pegang anjing, dalam FB dah bising dok bahas pasal ni. Semua keluar hujah masing-masing, tapi di akhir-akhir perbincangan tersebut dah makin tak ok. Mungkin sebab adanya sentimen ketaksuban kepada guru masing-masing. dan mungkin dah rasa diri ni makin pandai.

Kenapa jadi lagu tu. Ni aku nak cerita sikit.

Ni gambar Pak Arab salam anjing, korang boleh tengok kat TUKAR TIUB. Korang kena kenal siapa Tukar Tiub ni. Orang macam Tukar Tiub ni ramai. Dia letak je gambar Pak Arab salam anjing, lepas ni berdiskusilah kita sesama kita yer. Lepas ni gambar Pak Arab Cium Babi pulak.

Pak Arab Pegang Anjing

Ok, korang pergi pula kepada kenyataan TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA Ketua Pengarah Jakim pada 5 Julai 2017 seperti link kat bawah ni :-




Korang dah baca kan...

Korang baca pulak orang yang komen kenyataan media Ketua Pengarah JAKIM ni.

Pendakwah Wan Ji Wan Hussin:

Tiada satu nas daripada al-Quran dan hadis menyatakan haram pegang anjing. Tiada satu pandangan ulama muktabar pun yang mengatakan haram pegang anjing.

Yang ada, mazhab Syafie menyatakan perlu basuh apabila menyentuh atau tersentuh anjing dengan tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah.

Saya kira, mendesak agar bertaubat itu tidak tepat, kerana ia tidak melibatkan kepada dosa langsung. Dosa ditentukan oleh wahyu, bukan Jakim.

Peguam hak asasi Syahredzan Johan:

Jakim tidak ada bidangkuasa untuk menentukan hukum (kecuali dari segi pengeluaran pensijilan Halal) mahupun mengelurkan fatwa.

Jakim tidak ada bidang kuasa untuk “menegur” atau “menasihati” sesiapa tentang hukum hakam membela anjing.

Oleh itu, Jakim tidak wajar campur tangan dalam apa yang sepatutnya dalam bidang kuasa majlis agama dan mufti-mufti.

Peguam dan aktivis Siti Kasim:

Jakim menghina Islam. [Selepas memetik ayat 4 surah al-Maaidah], bertaubatlah Jakim. Anda melanggar kata-kata Tuhan.

INI PULAK PENDAPAT AKU LA KAN...

"DARI TUKAR TIUB SAMPAI 3 ORANG YANG KOMEN KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JAKIM PASAL ANJING NI, AKU KIRA SEBAGAI SATU PERMAINAN PERSEPSI  YANG MENGELIRUKAN  UMMAT ISLAM. 

ANDAI TAK ADA KEPUTUSAN YANG JELAS TENTANG INI. KEMUNGKINAN MASYARAKAT BERMUDAH-MUDAH SOAL INI.

TAPI KORANG TENTU TAK SETUJU KAN? SEBAB KORANG RASA MACAM DITUTUP PINTU ILMU UNTUK BELAJAR DAN BERBEZA PANDANGAN KAN?

ITU LANTAK KORANGLAH YER. BAGI AKU KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JAKIM PASAL ANJING TU TAK ADA MASALAH PUN."

Soal taubat, dosa dan pahala dan bidang kuasa JAKIM aku tak sentuh yer, aku sentuh tak de salahnya JAKIM keluar kenyataan tu untuk jaga Hal Ehwal Ummat Islam. Itu saja. Kadang kala semua benda yang kita suka komen tidak baik pun untuk Islam, masyarakat atau untuk diri kita sendiri. Kita pikir la sendiri, jangan pikir kita saja pandai. SEMUA BENDA NAK KOMEN.

KOMEN sebenarnya bagus, KOMPLEN pun bagus juga...Tapi nak word yang mana...TANYA HATILAH PENGOMEN DAN PENGKOMPLEN SEKALIAN.

Nah aku bagi lagi tentang KEDUDUKAN ANJING DALAM ISLAM keluaran JAKIM




by : Iman Bekam

[IKLAN TV PALING LAWAK DI DUNIA]

[IKLAN TV PALING LAWAK DI DUNIA] | Ini dia iklan TV paling lawak kat dunia. Kalau kat Malaysia ni jarang-jarang ada iklan lawak macam gini. 

Ini dia IKLAN TV PALING LAWAK DI DUNIA ni. 

IKLAN LEMON LEMON LEMON (LMN)

Aku pun tak tau dari mana iklan ni, tapi tengok ke pelakon iklan dia, nampak gayanya daripada Afrika. Jimat iklan ni, pakai cawat je. Tapi lawak gila la.


by : Iman Bekam

Thursday, 6 July 2017

HARAM GUNA POSTER GAMBAR TUBUH WANITA KATA MUFTI PERAK

HARAM GUNA POSTER GAMBAR TUBUH WANITA KATA MUFTI PERAK | Heboh satu Malaya pasal gadis kat Shell tu, aku pun ingat sapa ler malam-malam dok pegang air mineral. Rupanya kadbod GADIS SHELL YANG KENA CABUL hari tu. 

GADIS SHELL YANG KENA CABUL ni nama dia Ila. Lama dah dia jadi kadbod kat Shell tu, dia jadi terkenal sebab GADIS dia KENA CABUL KAT SHELL tempoh hari. 

Abam botak yang CABUL dia tempoh hari. Bukan cabul betul-betul tapi cabul kadbod dia. Dah sangap sangat kot Abam Botak Pencabul Kadbod GADIS SHELL tu.

Marahlah GADIS SHELL ini bila tahu DIA KENA CABUL KAT SHELL. Bongok betullah.

Tapi Abam Botak Yang Mencabul GADIS SHELL Yang Kena Cabul tu pun dah mohon maaf. dan GADIS SHELL YANG KENA CABUL ni pun dah maafkan dah.

Keratan FB Ila yang memberi maaf kepada Abam Botak

MUFTI PERAK, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menjelaskan penggunaan iklan kadbod, patung plastik atau seumpamanya yang memaparkan wajah serta tubuh wanita adalah haram di sisi agama Islam.

“Haram iklan berkenaan lebih-lebih lagi ia menjadi keghairahan. Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh.

“Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu,” katanya, lapor Astro Awani.
HARAM GUNA POSTER GAMBAR TUBUH WANITA KATA MUFTI PERAK
MUFTI PERAK, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria
Namun begitu, Harussani turut menambah, penggunaan patung terutama kepada kanak-kanak dibolehkan dan konsepnya berbeza berbanding muka wanita dalam iklan berbentuk sedemikian.
“Untuk kanak-kanak patung sebagai permainan boleh menenangkan mereka daripada menangis dan mengganggu ibu bapa yang sedang bekerja, jadi ia dibolehkan.
“Ia termasuk poster atau papan iklan di lebuh raya misalnya yang memberi mesej keselamatan pemandu kenderaan, itu juga boleh,” katanya lagi.
Sebenarnya GADIS SHELL YANG KENA CABUL ni cantik, sehari dua nampak macam kadbod, 2-3 bulan dok tengok hari-hari dah nampak macam hidup dah. Itu yang pakai ghairah belaka tu. Baguslah SHELL DAH TARIK BALIK KADBOD GADIS SHELL YANG KENA CABUL tu.


"CUBA KORANG BAYANGKAN KALAU LAH SEMUA WANITA DIJADIKAN KADBOD ATAU PAPAN IKLAN. HARU BIRU RASANYA."


Lebih baik letak gambar karton gajah isi minyak dengan belalai. Bagus tak cadangan aku.


Korang nak tahu lanjut siapa GADIS SHELL YANG KENA CABUL ni. Jom tengok video dia kat bawah ni :-


by : Tinta Asyraf

[MAHARAJALAWAK GILERRR] Kisah Lawak Perempuan Solat Jamaah Di Surau

[MAHARAJALAWAK GILERRR] | Kisah Lawak Perempuan Solat Jamaah Di Surau. Petang-petang ni dengar cerita lawak seronok juga kan? Pernah tak korang dengar Kisah Lawak Perempuan Solat Jamaah Di Surau. Aku rasa tentu korang rasa masa tu tak lucu kan?

Jadi di sini aku nak kongsikan kisah-kisah lucu yang korang rasa tak lucu jadi lucu. 

Ni cerita perempuan je la yer...he he hee. Tentu korang pernah terpijak kain telekung sendiri bila bangun dari sujud kan ? atau pun terpijak kain telekung member. Tak yah tipu, pernah kan, kan kan kan...

Muka member selamber dekkk jer...

Pernah tak korang bila bangun dari solat dah berada di bahagian lelaki sorang-sorang? 

Asal aku sorang je ni...

Padanlah dulu aku nak cau dulu...Marah bini aku aku nanti nganjing kepada golongan dia...he he..he

PS : SEELOK-ELOKNYA MUSLIMAT SOLAT DI RUMAH.



MELAYU BELA ANJING [DR MAZA KATA TAK PERLU SAMAK KALAU PEGANG ANJING] | TAK KENA JILAT TAK PE

MELAYU BELA ANJING [DR MAZA KATA TAK PERLU SAMAK KALAU PEGANG ANJING] | TAK KENA JILAT TAK PE | Hari ini aku tengok video orang melayu bela anjing, bulan 5 hari tu pun dah ada orang yang bela anjing juga. Makin ramai orang melayu bela anjing sekarang ni.

BELA YANG NI KALAU NAK SANGAT

Aku pun sekarang dah berjinak-jinak dengan jenis-jenis anjing ni. Anjing betul...salah anjing juga.

HARUS BELA ANJING JIKA ...

Aku dengar hujjah daripada Ustaz Azhar Idrus berkenaan bela anjing ni, katanya Harus bela anjing dalam beberapa perkara iaitu untuk :-

1. Jaga Ternakan
2. Jaga Kebun
3. Jaga Rumah
 
Syaratnya :

1. tak boleh lepas dalam rumah, 
2. tak leh lepas masuk dalam pagar orang.
3. kena letak belakang rumah, dan tak boleh di depan rumah.

Kalau buat begitu 1 hari 1 khirot hilang pahala. 1 khirot = bukit Uhud

HUJAH DR MAZA 

Aku dengar pula hujjah Dr. Maza, seperti mana biasa Dr. MAZA ini sentiasa berbeza daripada orang lain. 

PANDANGAN IMAM SHAFIE DALAM BAB ANJING DAN BABI

"Mengikut Imam Shafie, jilatan anjing ni kena basuh dengan 6 kali air mutlak dan 1 kali tanah. Imam Shafie luaskan lagi bahawa apa sahaja yang basah, seperti bulunya, kulitnya adalah sama dengan jilat, dan Imam Shafie luaskan lagi bila anjing kena samak begitu maka babi juga begitu. Kerana babi ni lebih teruk daripada anjing. Apa alasan babi lebih teruk daripada anjing tidak la pula dikemukakan."-Dr.Maza


PANDANGAN LAIN DALAM BAB ANJING DAN BABI

Mazhab lain berpandangan JILAT tak sama dengan BASAH. Sebab tu pegang anjing tiada masalah tapi kalau anjing jilat, maka kena samak. Ada hadis tentang terputusnya solat

 Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَقطعُ صلاةَ الرجُلِ المُسلمِ -إذا لمْ يَكُنْ بين يديه مثل مُؤخرةِ الرحل- المَرأةُ, و الحمارُ و الكلب الأسودُ. الحديث. و فيه: “الكلب الأسود شيطانٌ”
Shalat seseorang akan terputus jika melintas di hadapannya wanita, keledai, dan anjing hitam (jika di depannya tidak terdapat sutrah seukuran pelana kendaraan).” Dalam hadits ini pula disebutkan bahwa, “Anjing hitam adalah setan” (HR. Muslim).
Ini menunjukkan ada anjing yang melintas semasa bersolat di zaman nabi. 
Mereka kata pegang anjing tak de masalah, sebab dalam Islam ada bab tentang anjing buruan. Tak ada pasal kita nak kaitkan dengan babi sebab nabi tidak kaitkan.
Imam Nawawi yang juga bermazhab Shafie juga mengatakan  Anjing dan babi juga tak sama dari segi dalil. ertinya apa? ertinya bila pegang babi, basuh macam biasa saja.
PANDANGAN IMAM MALIK DALAM BAB ANJING DAN BABI
TAPI kalau ikut IMAM MALIK, beliau lagi hebat, bukan hebat lah tapi lain daripada yang lain. Kalau Anjing jilat tak perlu samak, ini berkaitan dengan hadith yang membenarkan anjing untuk memburu. Imam Malik merasakan konfius dengan hadith kalau anjing jilat kena samak, bukan dia menolak tetapi mungkin ada kelemahan dari sudut riwayat. Kerana pendapatnya nabi bukan kata hadith ni perlu buat tapi hanya panduan sahaja. Menurut Imam Malik juga, tak munasabah kalau tak boleh buat, bagaimana nabi nak memburu. Ini pendapat Imam Malik.
Dr. Maza juga mengatakan bahawa kajian sains mengatakan jika anjing menggigit untuk memburu dia tidak mengeluarkan virus melainkan kalau dia gigit untuk makan dia sendiri.
Kalau ikut Dr. MAZA, dia ikut IMAM NAWAWI bahawa anjing dan babi tidak sama, kalau sentuh babi basuh biasa sahaja.
Tapi Dr. MAZA tak jelaskan pulak kalau anjing jilat atau basah dia nak guna IMAM SHAFIE atau IMAM MALIK...
JADI INI PANDANGAN AKU PULA. BILA RAMAI YANG GUNA IMAM SHAFIE PASAL BAB BELA ANJING NI. MAKA KITA PAKAI YANG MAJORITI LAH. Kena jaga juga sensitiviti masyarakat Malaysia. Seperti yang kita tahu Imam Shafie antara Imam yang paling halus mengeluarkan hukum.
Ada sorang lagi yang sememangnya terkenal dengan pandangan yang berbeza ni. Yang ni korang baca sendirilah yer. Penat dah tulis. Lepas baca korang pilihlah sendiri mana satu yang korang nak pakai yer. 

"Bela anjing tidak haram kata WANJI"



Ini PULAK video ceramah Dr. Maza pasal Anjing dan Babi. SELAMAT MENONTON...DAN SELAMAT MENILAI...

LAST KOPEK PESAN AKU...KALAU TAK ADA KEPERLUAN TAK PERLULAH BELA ANJING NI. TAPI KALAU KORANG NAK BELA JUGA LANTAK KORANG LA YER...
KALAU NAK BELA KENA BELAJAR LE CARA NAK BASUHNYA. ADA BEBERAPA PANDANGAN DAH CARA NAK BASUH TU...PANDAI-PANDAILAH YER NAK GUNA YANG MANA...
By : Imam Bekam

Wednesday, 5 July 2017

BLOG SI TUKANG BEKAM | AKU BLOGGER | AKU TUKANG BEKAM

BLOG SI TUKANG BEKAM | AKU BLOGGER | AKU TUKANG BEKAM | Sejak tahun 2014 aku mula berjinak-jinak dengan dunia bekam orang ni, tapi sekarang aku rasa ianya sudah tidak sesuai dengan aku lagi. Penat, letih dan pelbagai karenah orang terpaksa aku layan. Kalau bukan kerana kawan aku sudah tak mau lagi bekam orang.

BLOG SI TUKANG BEKAM | AKU BLOGGER | AKU TUKANG BEKAM

Kisahnya bermula tidak panjang, ianya bermula di kala aku mengalami masalah kewangan yang serius. Di kala itulah bekam menjadi pendapatan sampingan aku. 

Blog? sudah lama aku berjinak-jinak dengan blog ni, sejak dari tahun 2008 lagi, tapi sebab tiada ilmu dan hanya mengikut tular masa itu aku ciptakan blog. Tapi tiada apa-apa income yang aku dapat. Sampai hari ini juga aku tak dapat apa-apa pun dari blog ini. 

Hendak bekam orang penat, letih, malas. Hendak menulis blog kena lawat blog orang, promot supaya orang baca blog aku, semua pakai kudrat. Dulu aku ada blog sehari adalah 6k orang baca blog aku, tapi aku buat tak kisah sehinggalah domain aku tu dah expired. Menyesal tak sudah.

Aku rasa aku kena bangkit semula. Mungkin aku kena guna nama BLOG SI TUKANG BEKAM. Aku rasa ini sahajalah platform untuk aku meneruskan minat aku tanpa menguburkan dunia bekam orang ni.

Aku bukan minat nak cerita tentang orang yang datang bekam dengan aku. habis bekam habis la di situ, aibnya biar aku sahaja yang simpan, itulah etika seorang tukang bekam. 

Baiknya aku cerita pasal politik tanah air, politik antarabangsa, dunia Islam, isu-isu semasa dan pelbagai hal lagi. sebab aku nak orang tahu bahawa SI TUKANG BEKAM macam aku ni juga manusia biasa yang ada kerja lain yang perlu dibuat.

Aku nak juga cerita hal-hal lawak dalam BLOG SI TUKANG BEKAM ni. Bukan serius memanjang. Hal-hal yang viral di alam maya nak juga aku kongsikan.

Banyak benda yang aku nak luahkan kat sini tapi kerana aku sudah tertutup dan regid terhadap dunia bekam ni aku kesampingkan dunia blog aku.

Sekarang, aku mahukan dunia aku itu balik. Aku perlu cari duit, aku perlu bekam orang dan aku perlu BLOG SI TUKANG BEKAM.

Apa lagi yang patut aku kongsikan untuk jadikan aku sebagai orang dalam BLOG SI TUKANG BEKAM |ini yer? Aku kenal Ben Ashaari pada tahun 2010, Aku kenal Que Achmad tahun 2009, Aku kenal Kaki Sembang dan ramai lagi blogger-blogger tanah air. Mereka masih kekal sampai sekarang berblog tapi aku?

Sampai bila aku nak jadikan blog sebagai tempat lauh perasaan sahaja. Sekarang aku nak jadikan BLOG SI TUKANG BEKAM ini sebagai Blogger dan Tukang Bekam.

Tak kisahlah nama apa pun, aku sasarkan orang baca blog aku, IMAN BEKAM akan kekal di dalam blog ini dengan tambahan BLOG SI TUKANG BEKAM.

Cukuplah sekadar ini intro aku. aku nak cari kisah lain pulak.