Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 6 August 2016

Patutlah Lama Tak Dengar Khabar Sheila Rusly [CERITA ARTIS TANAH AIR]

Patutlah Lama Tak Dengar Khabar Sheila Rusly [CERITA ARTIS TANAH AIR] Sambil-sambil dok bekam orang ni semmpat la saya menggodek-godek internet ni, almaklumlah boring jugak dok update pasal bekam je. 

Ni Cerita Artis Tanah Air kita, Pelakon dan penerbit Kak Syiela Rusly, Beliau terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan Fibroid Uterus, minggu lalu di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Gambar Sheila Rusly Terkini

Shiela, 45, berkata, ketumbuhan itu dikesan sebelum dia pergi menunaikan ibadah umrah pada 13 Jun lalu.

“Apabila doktor memaklumkan perkara itu, saya dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi membuangnya. Memandangkan saya perlu menjalani umrah, jadi saya merancang untuk melakukannya selepas Aidilfitri lalu.

“Bagaimanapun, doktor memberikan tarikh pada 28 Julai untuk saya menjalani pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kini saya dalam proses untuk pulih dan baru menjalani rawatan susulan dua hari lalu," katanya kepada Harian Metro.

Walaupun baru menjalani pembedahan, Sheila tetap hadir ke lokasi penggambaran drama Mr Donat Karamel yang diterbitkan syarikatnya pada Isnin lalu.

"Saya bukan tidak mahu berehat, tetapi saya rasa masih kuat dan berdaya untuk bekerja. Lagipun saya bukan jenis yang memanjakan diri. Lagipun, luka pembedahan sudah kering dan tak ada apa yang perlu dibimbangkan.

"Dalam masa sama, semua jadual artis sudah ditetapkan pada Isnin lalu. Mahu atau tidak penggambaran perlu diteruskan kerana ia akan ditayangkan pada Oktober ini. Jika ditanguhkan nanti menimbulkan masalah lain pula," katanya.

Menurut Shiela, dia difahamkan punca kepada penyakit itu disebabkan pengambilan makanan tambahan yang terlalu banyak.-Sumber Harian Metro Pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 11:15 PM

Patutlah lama tak dengar cerita kak Sheila Rusly ni, KETUK-KETUK RAMADHAN seronok tengok Kak Syila berceloteh.

Kalau ada cerita-cerita artis sensasi tanah air nanti saya update pulak. Jom la kit apakat-pakat doa agar kak Syiela segera sembuh. aminn....

No comments:

Post a Comment