Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 2 November 2015

Kursus Urut Lepas Bersalin Pada 14 November 2015 Di Kolej Komuniti Kuantan Dibuka Untuk Pendaftaran Sekarang

Kursus Urut Lepas Bersalin Pada 14 November 2015 Di Kolej Komuniti Kuantan Dibuka Untuk Pendaftaran Sekarang | Ramai yang bertanya saya bila lagi hendak menganjurkan kursus-kursus Urutan. Dikesempatan ini sukar untuk saya berjanji tentang program-program yang akan dianjurkan dalam keadaan waktu yang sangat sesak sekarang ini.

Kursus Urut Lepas Bersalin Pada 14 November 2015 Di Kolej Komuniti Kuantan Dibuka Untuk Pendaftaran Sekarang

Walaubagaimanapun, pada 14 November 2015 (Sabtu) iaitu 2 minggu dari sekarang, kami akan menganjurkan KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan. Program Kursus Urut Lepas Bersalin ini adalah rentetan daripada sambutan yang baik daripada warga Kuantan yang menyertai Kursus Refleksologi pada 30 dan 31 Mei yang lepas.

Rentetan daripada sambutan yang baik dalam Kursus Refleksologi itu, kami telah merancang akan menganjurkan KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan ini pada 14/11/2015 iaitu pada hari Sabtu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Yang bertuahnya, peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai teknik urutan yang diperlukan bagi wanita lepas bersalin seperti Urutan Refleks Susu Badan, Urutan Bengkak Susu, Urutan Saraf Wanita dan pelbagai lagi. Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan Asas Anatomi Tubuh Manusia.

Tenaga pengajar yang akan menjadi Intructor dalam KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan ini nanti adalah tenaga pengajar yang berpengalaman dan menjalankan sendiri perkhidmatan Urut Lepas Bersalin ini di sekitar Kuantan. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Biologi daripada Universiti Malaya.

Di akhir KURSUS URUT LEPAS BERSALIN ini, para peserta akan dapat mengadaptasikan segala ilmu ini untuk manfaat kepada Keluarga dan Masyarakat. Para peserta juga akan memperoleh Sijil yang akan dikeluarkan oleh KOLEJ KOMUNITI KUANTAN.

Kadar yuran yang ditetapkan untuk KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan ini adalah RM 150.00 iaitu kadar yang amat murah dan berpatutan kerana sijil ini termasuk dengan makan, minum, sijil, modul dan juga BATU TUNKU untuk kegunaan para peserta nanti.

Sementara tempat masih tersedia, JOM daftar sekarang untuk menyertai KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan pada 14/11/2015 (Sabtu) pada pukul 9.00 pagi - 5.00 petang.

JOM DAFTAR RAMAI-RAMAI

Hubungi kami di talian 019-997 8427 atau 019-938 8427

No comments:

Post a Comment