Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 2 November 2015

KURSUS URUT LEPAS BERSALIN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN pada 14 November 2015

KURSUS URUT LEPAS BERSALIN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN pada 14 November 2015 | Dalam dunia serba moden hari ini banyak perkara yang kita tidak endahkan, termasuklah juga berkenaan Urut Lepas Bersalin ini. Suka saya kongsikan kepada anda bahawa ada tercetusnya masalah rumah tangga adalah kerana kesihatan dalam yang tidak diendahkan. Apa kaitannya Urut Lepas Bersalin ini dengan masalah rumah tangga? 

KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan pada 14/11/2015 (Sabtu)
Gambar Sekadar Hiasan
Kita sebenarnya perlu berbangga dengan Urutan tradisioanal kita seperti Urut Lepas Bersalin ini kerana banyak sangat manfaatnya.

Kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan mengamalkan urutan badan untuk mengembalikan semula kesegaran badan.Siapa yang tidak mengurut badan selepas melahirkan anak pasti tidak akan menikmati kelebihannya Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. 

Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan. Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar. 

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu. Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja. 

Antara kelebihan lain urutan kepada ibu selepas melahirkan adalah seperti berikut: 
  • Melancarkan perjalanan darah. 
  • Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung. 
  • Menaikkan rahim. 
  • Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya. 
  • Memecahkan lemak. 
  • Mengetat dan membentuk kembali tubuh. 
  • Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak. 
Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.

Oleh kerana terlalu ingin berkongsi dengan anda tentang kepentingan Urut Lepas Bersalin ini kami di Pusat Rawatan Iman Al Hijamah ingin mempersembahkan kepada anda KURSUS URUT LEPAS BERSALIN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN pada 14 November 2015 ini bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang.

Pada 14 November 2015 (Sabtu) iaitu 2 minggu dari sekarang, kami akan menganjurkan KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan. Program Kursus Urut Lepas Bersalin ini adalah rentetan daripada sambutan yang baik daripada warga Kuantan yang menyertai Kursus Refleksologi pada 30 dan 31 Mei yang lepas.

Rentetan daripada sambutan yang baik dalam Kursus Refleksologi itu, kami telah merancang akan menganjurkan KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan ini pada 14/11/2015 iaitu pada hari Sabtu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan pada 14/11/2015 (Sabtu)

Yang bertuahnya, peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai teknik urutan yang diperlukan bagi wanita lepas bersalin seperti Urutan Refleks Susu Badan, Urutan Bengkak Susu, Urutan Saraf Wanita dan pelbagai lagi. Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan Asas Anatomi Tubuh Manusia.

Tenaga pengajar yang akan menjadi Intructor dalam KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan ini nanti adalah tenaga pengajar yang berpengalaman dan menjalankan sendiri perkhidmatan Urut Lepas Bersalin ini di sekitar Kuantan. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Biologi daripada Universiti Malaya.

Di akhir KURSUS URUT LEPAS BERSALIN ini, para peserta akan dapat mengadaptasikan segala ilmu ini untuk manfaat kepada Keluarga dan Masyarakat. Para peserta juga akan memperoleh Sijil yang akan dikeluarkan oleh KOLEJ KOMUNITI KUANTAN.

Kadar yuran yang ditetapkan untuk KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan ini adalah RM 150.00 iaitu kadar yang amat murah dan berpatutan kerana sijil ini termasuk dengan makan, minum, sijil, modul dan juga BATU TUNGKU untuk kegunaan para peserta nanti.

Sementara tempat masih tersedia, JOM daftar sekarang untuk menyertai KURSUS URUT LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan pada 14/11/2015 (Sabtu) pada pukul 9.00 pagi - 5.00 petang.

JOM DAFTAR RAMAI-RAMAI

Hubungi kami di talian 019-997 8427 atau 019-938 8427

No comments:

Post a Comment