Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 14 November 2015

KEMBALI LAGI !!! Kursus Urutan Tradisional Melayu & Urutan Seliuh di KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

KEMBALI LAGI !!! Kursus Urutan Tradisional Melayu & Urutan Seliuh di Kolej Komuniti KUANTAN | Ramai yang bertanya saya sejak dari kami di Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas, KUANTAN menganjurkan Kursus Refleksologi dan Urutan Tradisional Melayu pada 31 Mei 2015 di Kolejk Komuniti Kuantan yang lalu. Dengan masa yang sangat mencemburui, kami sekali lagi akan menganjurkan Kursus Urutan Tradisional Melayu dan Urutan Seliuh yang akan diadakan pada Disember 2015 nanti di KOLEJ KOMUNITI KUANTAN


Harapan kami amat tinggi dalam melahirkan tenaga-tenaga pakar di sekitar Kuantan terutamanya. Visi utama kami adalah ingin memartabatkan Perubatan Tradisional ini di mata masyarakat. Misi kami adalah ingin menubuhkan Traditional Medicare Center yang menghimpunkan di dalamnya modaliti-modaliti seperti BEKAM,URUT,AKUPUNTUR,YUMEIHO,HOMEOPATI, RAWATAN ISLAM dan pelbagai lagi modaliti yang bersesuai bagi diterjemahkan kepada masyarakat bahawa perubatan tradisional ini ada stadardnya tersendiri.

Kepada yang ingin bersama kami dan pernah menjadi peserta dalam progam-program yang kami anjurkan, TRADITIONAL MEDICARE CENTER akan menjadi realiti suatu hari nanti dengan andalah sebagai penggeraknya.

Kepada yang ingin mengikuti KURSUS URUTAN TRADISIONAL MELAYU DAN URUTAN SELIUH PADA DISEMBER 2015 di Kolej Komuniti Kuantan nanti anda boleh membuat pendaftaran awal. HANYA 16 PESERTA SAHAJA di ambil untuk sesi ini dan DIBUKA UNTUK LELAKI SAHAJA. 

UNTUK WANITA pula kita akan gabungkan Kursus Urutan Tradisional ini di dalam Modul Kursus Urutan Bersalin. Jadi untuk wanita anda tidak perlu membuang masa anda untuk belajar berasingan. Daftar sekarang untuk KURSUS URUTAN LEPAS BERSALIN di Kolej Komuniti Kuantan sekarang untuk sesi yang akan datang.

Hubungi saya di talian untuk pendaftaran : 019 - 997 8427 (En. Asyraf)

No comments:

Post a Comment