Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 24 August 2015

Pesakit Kanser Paru-Paru Muntah Selepas Bekam | Rawat Kanser Paru-Paru Dengan Bekam

PESAKIT KANSER PARU-PARU MUNTAH SELEPAS BEKAM | Rawat Kanser Paru-Paru Dengan Bekam | Temujanji pada hari Sabtu 22/8/2015 , jam lebih kurang 11.30 pagi saya memenuhi satu temujanji di Indera Sempurna, Kuantan. Berbekalkan kit BEKAM KE RUMAH saya disambut oleh isteri pesakit yang nampaknya kelihatan ceria. Saya gelarkan sebagai Kak J.

Kak J kelihatan ceria namun dalam hatinya mungkin tidak kelihatan kebimbangan beliau. Kak J menjemput saya untuk masuk ke satu bilik di tengah-tengah bilik untuk melihat keadaan Abang Z, iaitu suami beliau yang sudah seminggu terlantar sakit.

Pesakit Kanser Muntah Selepas Bekam

Salam diberikan, dan saya melihat Abang Z dalam keadaan yang agak ceria. Salam dijawab dengan jelas. Sebelum rawatan dibuat saya bertanyakan beberapa soalan asas. Beliau memberitahu saya sudah berhenti melakukan kimoterapi kerana beliau mempunyai KANSER PARU-PARU YANG KRONIK. Sudah seminggu pinggang dan kaki beliau lumpuh sehingga urusan harian beliau diuruskan oleh isterinya. Perut kelihatan sebu dan mengeras kerana angin tidak keluar. Berak dan buang angin tidak terasa.

Saya mulakan dengan bismillah dan mengurut kawasan perut dan dada Abang Z, namun angin tidak juga mahu keluar. Selepas lebih kurang dalam 30 minit mengurut, saya memeriksa nadi dan juga tekanan darah dan menunjukkan tekanan darah Abang Z agak rendah.

Saya bertanyakan keadaan dia berkali-kali dan apabila melihat keadaannya ok saya mulakan bekam di bahagian kepala. Saya mulakan dengan amat berhati-hati dan bertanyakan tentang keadaan dia samada pening atau tidak. Sekerap mungkin saya berkomunikasi dengan beliau supaya beliau tidak tertidur. 

Keadaan beliau yang ok saya mulakan berbekam di bahagian titik Ultraman dan titik paru-paru dan keliling perut. 

Selepas sesi bekam saya pun pulang.

________________________________________________

9.00 malam

Saya diberitahu Kak J, Abang Z muntah-muntah dan baunya busuk yang amat semacam bau longkang selepas saya balik daripada berbekam dia tengahari tadi. 2 kali beliau muntah dan kali kedua, muntah warna hitam pekat. Namun selepas, dia muntah, dia rasa lega.

Saya menarik nafas lega kerana MUNTAH adalah salah satu tindak balas detokfikasi badan untuk membuang segala toksin-toksin dari badan.

_______________________________________________

11.30 Malam

Saya memberitahu Ustaz Fuad untuk pergi merawat Abang Z kerana itu adalah permintaan beliau sebagai usaha berubat.

----------------------------------------------------------------------

Appointment seterusnya saya akan melihat kepada keadaan Abang Z, mungkin bulan depan saya akan ke rumahnya lagi. Semoga Abang Z sihat hendaknya.

UNTUK TEMUJANJI

Hubungi kami di talian

πŸ‘πŸ½ 011-2608 9816 (Umar)
πŸ‘πŸ½ Sesi 8.00 mlm - 10.00mlm
πŸ‘πŸ½ Isnin - Khamis
πŸ‘πŸ½ Di Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan (PRIA)

Atau

Hubungi

πŸ‘πŸ½ 019-997 8427 (Asyraf)
πŸ‘πŸ½ Sesi 10.00pg - 6.00 ptg
πŸ‘πŸ½ Sesi 8.00mlm - 10.00mlm
πŸ‘πŸ½ Sabtu & Ahad
πŸ‘πŸ½ Di Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan (PRIA), Taman Tas Kuantan.

Atau Hubungi Asyraf di

PUTRAJAYA pada hari Isnin- Khamis bagi sesi 6.00 ptg dan 9.00 mlm sahaja.
_______________________

Temujanji BEKAM WANITA di PRIA, Taman Tas Kuantan

Tuan-tuan dan puan-puan boleh hubungi :-

πŸ‘πŸ½ 013-950 6862 (Pn. Emma)
πŸ‘πŸ½ Sesi 10.00pg - 6.00 ptg
πŸ‘πŸ½ Jumaat & Sabtu
πŸ‘πŸ½ Di Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan (PRIA

No comments:

Post a Comment