Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 30 July 2015

Waspada Bisul | Bisul Boleh Menyebabkan Kematian

Waspada Bisul | Bisul Boleh Menyebabkan Kematian | Tentu sekali kita tidak pernah menyangka dek kerana bisul menyebabkan kematian, satu kes di Indonesia, seorang anak telah kehilangan seorang bapa yang mempunyai bisul telah menemui ajalnya, menurut anaknya Mery, bapanya telah dimasukkan ke hospital dan ingin dibedah bisulnya, namun apabila ingin dibedah bisulnya telah pecah dengan sendiri, namun kemudian doktor telah membenarkannya pulang. 6 bulan kemudian, bisulnya muncul kembali di lubang anusnya. Ekoran daripada itu, bapanya ditahan di wad hospital selama 10 hari, dek kerana tidak tahan dengan bisulnya yang tidak mempunyai mata itu, dia meminta doktor membedah saja bisulnya itu. Semasa pemeriksaan, doktor mendapati bapanya tidak boleh dibedah kerana mempunyai penyakit Diabetis Melitus atau Kencing Manis. Sebetulnya Mery tidak pernah mengetahui bapanya mempunyai Diabetis Melitus atau Kencing Manis sebelum ini.

Waspada Bisul | Bisul Boleh Menyebabkan Kematian

Begitulah wawancara yang dijalankan kepada Mery dalam rancangan Dr. OZ Indonesia. Menurut Dr. H.M Jisdan Bambang, Pakar Bedah Eka Hospital mengatakan bahawa  bisul yang pertama pecah tersebut merupakan petanda bahawa keluarnya infeksi dan kuman-kuman melalui nanah yang keluar. Ketika bisul tadi tidak pecah, kuman-kuman ikut tertahan di dalamnya, dan kuman-kuman terbabit boleh menyebar ke tempat yang lebih jauh. Penyebaran kuman-kuman ini terjadi melalui pembuluh darah yang percepatannya sama dengan denyutan pembuluh darah kita. Kuman-kuman ini boleh menyerang fungsi-fungsi organ badan seperti jantung, ginjal dan sebagainya.

Menurut Dr. Jisdan lagi adalah, bisul yang mungkin menyebabkan kematian ini kemungkinan akibat daripada penyakit yang mungkin tidak pernah diketahui penyakit seperti mana kes bapa Mery seperti di atas. Oleh kerana tubuhnya sudah lemah, maka kuman-kuman bisul itu mudah menyerang dan menyebar ke organ-organ yang disebut di atas.

Menurut Dr. Elly pula, seorang pakar kulit, haruslah kita waspada terhadap bisul-bisul yang naik di daerah-daerah wajah kerana di daerah ini banyak pembuluh darah dan saraf. Tidak digalakkan untuk memicit bisul dengan tangan. Jika bisul terbabit terbabit berulang ini petanda bahawa terdapat penyakit lain yang telah menyerang organ. 

Waspada Bisul | Bisul Boleh Menyebabkan Kematian

Menurutnya lagi bisul yang belum pecah tidak akan menularkan kuman-kuman. Bisul juga mudah dijangkiti apabila bisul tadi menyentuh ke kulit orang lain.

Kesimpulannya, walaupun bisul kelihatannya penyakit yang biasa namun, ianya tidak boleh dipandang mudah.

BEKAM BOLEH MENGUBATI BISUL 

Bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus, menyebabkan bahagian badan yang sakit bengkak pada kulit yang disebabkan oleh pengumpulan Tisu mati dan nanah. Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, Membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.

Dengan kaedah bekam, insyallah penyakit bisul tidak akan lagi berulang, kepada sesiapa yang seringkali mengalami masalah bisul berulang kali ini, saya menyarankan agar anda berbekam 3 bulan berturut-turut bagi meningkatkan imuniti badan yang diperlukan tubuh, serta membantu membuang kuman di dalam pembuluh darah. Walaubagaimanpun, faktor-faktor lain yang menyebabkan bisul ini perlulah diwaspadai seperti jangan berkongsi tuala,menjaga kebersihan diri, dan jangan menyentuh muka jika tangan belum dibasuh.

Walluaklam.

Sumber Asal : You Tube



No comments:

Post a Comment