Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 30 July 2015

Kolesterol Tinggi Sembuh Dengan Bekam


Kolesterol Tinggi Sembuh Dengan Bekam | Tahukah anda bahawa bekam boleh menurunkan kadar Kolestrol tinggi dalam badan malah boleh menyembuhnya. 

Kolesterol adalah zat berwarna putih seperti lilin yang dapat ditemukan di setiap sel tubuh kerana ianya merupakan salah satu komponen lemak (selain asam lemak bebas, trigliserida, dan fosfolifid) yang diproduksi oleh hati. Kolestrol berfungsi untuk membangun dinding sel, memperkuat membran sel, dan membuat hormon-hormon tertentu, seperti hormon steroid.

Kolesterol Tinggi Sembuh Dengan Bekam

Kolestrol diperlukan oleh tubuh untuk membuat hormon dan vitamin D, serta merupakan bahagian asam empedu yang memecah lemak dalam sistem pencernaan. Keperluan kolestrol dalam tubuh sebenarnya sudah mencukupi pada lemak yang diproduksi oleh hati, namun jika mengambil makanan lemak tepu berkadar tinggi, hati akan menghasilkan kolestrol lebih banyak lagi sehingga menyebabkan kolestrol yang berlebihan.

Kolestrol yang berlebihan dan tak digunakan, fungsinya akan bercampur dalam darah (lemak darah) sehingga pembuluh darah secara tidak langsung akan mengalami penyempitan.

Kadar kolestrol yang berlebihan di dalam darah dapat menimbulkan endapan-endapan lemak yang melekat pada dinding pembuluh darah. Darah ini membentuk bekuan dan plaki yang membuat arteri dan akhirnya memutuskan aliran darah ke jantung yang dapat menyebabkan serangan jantung atau bahkan menghambat peredaran darah menuju otak (aterosklerosis).

Untuk menghindari penyakit kolesterol , kita perlu mengetahui dan memperhatikan makanan yang mengandungi kolesterol untuk diambil kerana kolestrol merupakan intipati dari penyakit degenaratif kerana aterosklerosis biasa terjadi di arteri di otak, jantung, ginjal, dan organvital lainnya.

JENIS-JENIS KOLESTEROL DAN KADAR NORMAL BACAAN KOLESTEROL DALAM BADAN
  • Kolesterol LDL atau Low Density Lipoprotein adalah sejenis kolesterol yang berbahaya, kerana jenis kolesterol ini mempunyai risiko penyakit jantung. Kadar yang baik dari kolesterol ini adalah kurang dari 100 mg/dL, untuk ukuran normal antara 100 – 129 mg/dL, ukuran yang cukup antara 130 – 150 mg/dL, ukuran yang tinggi antara 160 – 180 mg/dL dan ukuran yang paling tinggi mencapai angka lebih dari 190 mg/dL.
  • Kolesterol HDL atau Hight Density Lipoprotein adalah kolesterol yang baik, kerana kolesterol jenis ini dapat membuang atau mengurangi kolesterol jahat yang berlebihan pada pembuluh darah. Kadar normal dari kolesterol ini adalah 40 – 50 mg/dL serta antara 20 – 60 mg/dL.
  • Trigliserida adalah suatu jenis lemak yang ada dalam darah serta terdapat dalam berbagai organ tubuh. Beberapa faktor yang dapat memicu trigliserida dalam aliran darah adalah obesiti/kegemukan, gula, pengambilan alkohol, serta makanan yang berlemak. Kadar normal dari kolesterol ini adalah kurang dari 150 – 199 mg/dL, kadar tinggi antara 200 – 499 mg/dL dan kadar paling tinggi apabila mencapai angka 500 mg/dL.
Kolesterol Tinggi Sembuh Dengan Bekam

BAGAIMANA BEKAM BERFUNGSI MENURUNKAN DAN MENYEMBUHKAN KOLESTEROL TINGGI?

Secara teori, dalam penyembuhan dengan bekam, seseorang menderita kolestrol tinggi kerana adanya timbunan oksidan di pembuluh darah sehingga menyebabkan peredaran darah terganggu, kolestrol berubah menjadi jahat jika kadarnya dalam tubuh melebihi normal. Kelebihan kolestrol akan disimpan dan melekat pada dinding pembuluh darah hingga menimbulkan pengapuran (aterosklerosis).

Ia bagaikan kerat yang kian menebal pada bahagian dalam saluran paip. Kolestrol melekat lapis demi lapis, perlahan-lahan tanpa disedari oleh penderitanya.Akibatnya, aliran darah dalam pembuluh darah menjadi tidak lancar automatik kadar oksigen pun menurun.

Oksigen yang dibawa darah untuk dibekal ke jantung dan otak menjadi lebih sedikit. Dengan dikeluarkannya toxin dan oksidan yang menekan pembuluh darah dan membuat pembuluh darah menjadi sempit, kolestrol yang berlebihan akan kembali normal.

Oleh sebab itu, setiap pesakit yang mempunyai masalah Kolesterol Tinggi ini disyorkan untuk dibekam sebulan sekali. Titik-titik bekam yang ditentukan pula berdasarkan keluhan yang dialami oleh pesakit. Namun secara umumnya titik-titik bekam bagi penderita Kolesterol Tinggi ini adalah Titik Bekam Rasulullah. 

AMALAN YANG BOLEH DIBUAT UNTUK MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL TINGGI

Namun terdapat beberapa amalan yang disyorkan untuk gaya hidup yang boleh mengurangkan kandungan kolesterol. Antaranya;
  • Elakkan makanan seperti daging, keju, restoran dan makanan yang di pakej.
  • Makan perlahan-lahan sehingga puas tetapi tidak terlalu kenyang.
  • Minum air suam sekerap yang boleh sepanjang hari.
  • Jadikan sayuran dan kekacang sajian utama dalam hidangan.
  • Masukkan bawang putih dalam diet harian (baik untuk kesan perlindungan kardio) 
  • Makan pelbagai jenis kacang (ia didapati kaya dengan asid lemak omega 3).
  • Bagi yang mengamalkan senaman yoga, senaman ini juga boleh membantu.
Kadangkala diet dan senaman masih belum cukup. Adalah didapati dua daripada tiga orang dewasa yang tinggi kandungan kolesterol mereka, tidak berjaya menurunkan kandungan kolesterol dengan senaman semata.

Walluaklam.

Sumber asal : www.islampos.com & Myhealth.my

No comments:

Post a Comment