Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 29 April 2015

Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu Di Kolej Komuniti Kuantan 30 & 31 Mei 2015

KURSUS REFLEKSOLOGI & URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 30 & 31 Mei 2015 | Terlebih dahulu saya mengucapkan Assalamualaikum & salam sejatera kepada semua para pengamal urutan dan refleksologi serta para peminat yang ingin mendalami bidang urutan ini. Terdapat beberapa info yang saya senaraikan di sini guna untuk memudahkan tuan-tuan & puan-puan bagi mengikuti kursus ini. 

KURSUS REFLEKSOLOGI & URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 30 & 31 Mei 2015

APA OBJEKTIF KURSUS?

Antara objektif Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu ini adalah untuk melahirkan juruurut yang bertauliah dan berkemahiran tinggi, menjadikan bidang urut sebagai karier dan sebagai kegunaan keluarga.

SASARAN PESERTA?

Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu ini terbuka untuk lelaki dan wanita, sesuai untuk orang yang ingin menjadikan bidang urut ini menjadi sebuah karier atau pun setidak-tidaknya untuk kegunaan sekeluarga.

BILA DIADAKAN & DI MANA?

Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu akan diadakan seperti ketetapan berikut :
  • Tarikh : 30 & 31 Mei 2015 (Sabtu & Ahad)
  • Masa : 8.30pg - 4.30ptg
  • Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

SIAPA PENCERAMAHNYA?

Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu di Kuantan ini akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muaz Mohammad & Pn. Norazlin dari Pusat Rawatan Al Mizan Sg. Petani, Kedah. Ustaz Muaz & Pn. Norazlin adalah Juruurut sepenuh masa yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang urut.

SIJIL?

Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan daripada Kolej Komuniti Kuantan yang mana Kolej Komuniti Kuantan adalah rakan strategik pihak kami dalam menjayakan program ini bagi melahirkan juruurut bertauliah dan berkemahiran.

YURANNYA BERAPA?

Yurannya adalah seperti ketetapan berikut :
  • RM 280.00/seorang
  • (Termasuk Sijil Penyertaan, Buku Modul & Makan Minum)
  • Deposit Yuran RM 100.00

BILA TARIKH AKHIR BAYARAN YURAN?

Tarikh akhir pembayaran deposit yuran adalah pada 26/5/2015 (Selasa). Selebihnya boleh dibayar semasa hari kursus atau pun boleh dibayar penuh.

NOMBOR AKAUN PEMBAYARAN YURAN?

Yuran boleh dibayar melalui akaun Maybank 1660 1017 0587 (Ahmad Asyraf bin Adnan)

ADAKAH PENGINAPAN PESERTA DISEDIAKAN?

Penginapan peserta tidak disediakan, namun terdapat banyak hotel dan homestay berdekatan dengan Kolej Komuniti Kuantan. Untuk maklumat lanjut hotel berdekatan boleh layari CITY TIMES HOTEL

BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAFTAR?

Pendaftaran boleh dibuat dengan SMS/WASAP Nama Penuh dan juga No.Kad Pengenalan untuk tujuan pengeluaran sijil di talian 019-997 8427 (Asyraf)

Sekian terima kasih atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu di Kolej Komuniti Kuantan nanti.

No comments:

Post a Comment