Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 20 March 2015

MASALAH ELERGIK/ALAHAN PADA KULIT | [Bagaimana Bekam Dapat Mengatasi Masalah Elergik Pada Kulit]

MASALAH ELERGIK/ALAHAN PADA KULIT | [Bagaimana Bekam Dapat Mengatasi Masalah Elergik/Alahan Pada Kulit]. Bagaimana perasaan anda jika mengalami gatal-gatal pada kulit setelah memakan udang,sotong,kacang,susu lembu malah makan daging pun kadang-kadang menyebabkan kegatalan pada kulit, munculnya bintik-bintik merah dan ada juga yang apabila digigit nyamuk, ia meninggalkan kesan berparut pada kulit.

Masalah Elergik/Alahan Pada Kulit


Ratusan ringgit dihabiskan untuk mengubati penyakit ini, berjumpa dengan pakar sudah jemu namun penyakit masih lagi sama, tidak sembuh-sembuh.

Walaubagaimanapun, usaha anda bukanlah sia-sia, kerana ketika anda membaca artikel ini, anda sedang mencari jalan penyelesaian untuk masalah elergik atau alahan yang dihidapi anda sekarang ini. 

APA KATA PAKAR? 

Pakar alergi dan imunologi klinikal, Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, berkata biarpun doktor memiliki pelbagai mekanisme bagi mencegah dan mengawal masalah alahan, punca sebenar yang mencetuskan alahan sebenar­nya sukar dikenal pasti dan lang­kah terbaik hanyalah pencegahan. 

Baginya, alahan dianggap wujud sekiranya sudah ada simptom dan sebaik punca kepada alahan berjaya dikenal pasti, perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah mengelak terus daripada sumber penyebab alahan kerana ia boleh menjadi teruk dan mengancam nyawa kanak-kanak. - HMetro

Alergik atau Alahan dibahagikan kepada 2 tahap samada akut ataupun kronik. untuk mengenali alergik/alahan anda samada akut atau kronik, kita rumuskan tempoh yang berlaku terhadap anda contohnya jika anda mengalami elergik kurang daripada 6 minggu, itu adalah akut manakala jika lebih daripada 6 minggu itu adalah kronik. Kadang-kadang elergik ini boleh dikawal, datang dan pergi tanpa diundang. Kadang-kadang genetik ibu bapa juga boleh beralih kepada anak-anak, sementelahan lagi ibu-ibu yang sedang menyusu.

BEKAM DAN BAGAIMANA IA MENCEGAH DAN MENGUBATI PENYAKIT ELERGIK/ALAHAN

Selain daripada anda mengetahui punca elergik/alahan, anda disarankan untuk berbekam 3 bulan berturut-turut bagi mencegah dan mengubati sakit elergik/alahan yang anda alami. Bekam berfungsi sebagai meningkatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit dan membaiki peredaran darah. Bekam akan dilakukan di titik-titik tertentu dan di sekitar kawasan yang elergik/alahan tersebut.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim atau muslimah, kita disarankan untuk berdoa sentiasa kerana kesembuhan itu bukan daripada bekam, namun bekam hanyalah asbabnya sahaja. Allah lah yang maha memberi sembuh. Wallahuaklam.

Untuk Temujanji Bekam & Urut Ke Rumah Anda Hubungi : 019-997 8427 (Asyraf)

No comments:

Post a Comment