Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 26 March 2015

Info Bekam & Urut [Bagaimana Bekam Menangani Penyakit Kencing Manis]

Info Bekam & Urut [Bagaimana Bekam Menangani Penyakit Kencing Manis] | Assalamualaikum & Selamat pagi semua, semoga sihat-sihat hendaknya. Seringkali kita melihat kawan-kawan dan saudara Mara kita mengidap kencing manis, tidak pelik Dengan seawal 30an mereka sudah pun mengidap kencing manis.

Info Bekam & Urut [Bagaimana Bekam Menangani Penyakit Kencing Manis]

Kencing manis atau pun nama saintifiknya Diebetis Mellitus sekarang Ini bukanlah penyakit asing dalam masyarakat kita.

Apakah sebenarnya penyebab kencing manis ini? Kita seringkali mendengar penyakit kencing manis Ini adalah kerana faktor genetik. Ya! Memang tepat sekali namun banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kepada penyakit ini. 

Di dalam buku "Bekam Untuk 7 Penyakit Kronis" yang ditulis oleh Dr. Wadda' A.Umar terdapat 2 jenis penyakit kencing manis ini iaitu :-

a) Kencing Manis Jenis 1

Apabila pankreas tidak dapat memproduksikan insulin, apabila insulin berkurang malah tidak ada maka gula akan berkumpul di dalam peredaran darah kerana tidak dapat diangkut ke dalam sel. Oleh kerana itu, orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 1 Ini memerlukan insulin dari luar tubuh. Biasanya penyebab untuk pengidap kencing manis jenis 1 Ini adalah kerana gangguan sistem imun atau kekebalan tubuh melawan penyakit yang mengakibatkan kerosakan sel pankreas. Di sinilah yang dikaitkan dengan faktor genetik, infeksi virus atau malnutrisi.

b) Kencing Manis Jenis 2

Kencing Manis Jenis 2 Ini biasa ditemui pada usia 40an ke atas. Pesakit yang mengidap Kencin Manis Jenis 2 Ini tidak bergantung kepada suntikan insulin, pesakit kencing manis Jenis 2 ini cukup diberikan ubat yang dapat membaiki fungsi insulin, ubat menurunkan glukosa, ubat membaiki pengolahan gula di hati dan lain-lain bahkan hanya perlukan diet yang baik malah tidak memerlukan ubat pun. Antara penyebab penyakit kencing manis jenis 2 Ini adalah kerana kegemukan dan kelebihan kolestrol.

[Cara-Cara Menangani Kencing Manis]

Antara saranan untuk menangani penyakit kencing manis Ini adalah seperti berikut :-

1) Menurunkan kadar kalestrol. Hindari makanan yang kalestrol tinggi seperti telur kuning, udang, kerang, otak dan lain-lain.

2) Mencegah kegemukan. Kelebihan lemak akan menumpuk di dalam darah sehingga menutupi aliran darah. Oleh yang demikian anda tidak dapat tidak mesti kurangkan berat badan.

3) Mengatur pola makanan sihat. Ada makanan yang boleh dimakan dan dikurangkan. Untuk pengidap kencing manis ini kena tunpukan kepada Karbohidrat dan lemak yang menjadi penyebab Utama. Oleh yang demikian, elakkan makan nasi, tepung dan produk tenusu yang mana di dalamnya terkandung karbohidrat yang tinggi jika makan Dengan berlebihan. Lebihkan makan protien, Sayur dan juga buah.

4) Senaman. Senaman juga harus dilakukan secara rutin sekurang-kurangnya 5-7 hari sehari selama 30 minit

5) Check kandungan gula dalam badan. Anda disarankan untuk check kandungan gula setiap bulan bagi mengenalpasti paras gila Dalam badan. Jika anda kerap kencing, sentiasa letih dan kaki sentiasa kekebasan. Eloklah berjumpa doktor dengan segera.

6) Bekam. Seperti mana yang disarankan Oleh Profesor Dr. Abdul Aziz Al-Safi di dalam kajiannya berkenaan kesan bekam dan penyakit kencing manis selama 2 tahun dapat menurunkan kadar gula Dalam badan dan membantu pankreas berfungsi kembali.

Semoga infomasi ini dapat dijadikan rujukan untuk kita semua.

Untuk Bekam & Urut Ke Rumah Anda di Putrajaya  & Kuantan hubungi :-

019-997 8427 (Asyraf)

No comments:

Post a Comment