Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 7 January 2015

Pemilihan Saiz Jarum Untuk Bekam

Pemilihan Saiz Jarum Untuk Bekam | Pemilihan jarum atau lancet bekam memainkan peranan penting dalam Terapi Bekam, hal ini kerana tujuan utama bekam adalah merai Sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam.

Jika bekam cara sunnah secara ittiba' sohih, perlu menggunakan mata pisau seterusnya dicantuk (bukan belah ya), bahasa arabnya dipanggil syarthah. Pentingnya konsep ini adalah untuk memastikan tindak balas kepada sel kulit dan sel darah merah (eritrosit) , semasa membuat cantukan atau petikan, bahagian lapisan kulit subketeneus (hipodermis) akan melepaskan histamine untuk membebaskan oksidan bagi pembaikan sel kulit mati dan sel darah yang lemah, histamine akan terbebas hanya apabila ada rasa perit atau pedih sedikit. Hal ini hanya akan terjadi dengan konsep syartah (torehan -cantukan).

Saiz Jarum Bekam

Apabila masuk ke era moden, penggunaan mata pisau agak sedikit menggerunkan mereka yang ingin berbekam atau baru mengenal bekam, maka pengunaan jarum atau lanset diperkenalkan.

Penggunaan jarum pelbagai saiz diperkenalkan, saiz 21G, 23G, 26G, 28G mula dipasarkan. Asasnya penggunaan jarum digunakan bagi tujuan pengeluaran darah.

Maka, hal ini tidak ditolak akan relevan penggunaannya asal sahaja tidak menyalahi etika bekam itu sendiri.

Adapun saiz jarum yang paling ideal dan menyerupai konsep syarthah adalah 21G, jarum saiz lain dengan istilah lain boleh berisiko memberi mudharat kepada orang yang dibekam, kerana terlalu halus, dan boleh berisiko kepada tetanus (kancing gigi). Ini adalah kerana halusnya jarum tersebut akan membuatkan oksidan terperangkap pada lapisan kulit dan akan menjadikan histamine jua terperangkap dan seterusnya tidak mampu membawa kepada pembaikan sel atau darah malahan akan membawa kepada masalah lebihan oksidan di dalam darah.

Ramai yang 'komplen' jarum 21G agak pedih berbanding jarum saiz lain, sudah tentu agak sedikit pedih kerana bentuknya yang lebar dan menyerupai cantukan mata pisau, dan sememangnya di dalam terapi bekam, pesakit perlu merasa sedikit pedih untuk membuktikan kesan kepada pembebasan oksidan dan histamine, dan hal ini telah dikaji dari awal lagi, cuma perasaan sedikit 'manja' membuatkan diri tidak mampu menahan sedikit pedih(bagaimana mungkin hendak menahan libasan pedang di dalam peperangan, bagaimana mungkin hendak menahan hentaman peluru di medan pertempuran jika tusukan jarum 21G tidak mampu ditahan).

Jadi, jika ada yang menawarkan khidmat terapi bekam tanpa ada rasa perit atau sakit, maka BERHATI-HATI. Ini amat berbahaya.

Oleh itu, pilihlah tukang atau jurubekam yang benar-benar memahiri bidang mereka supaya anda yang dibekam tidak menerima kemudaratan disebalik hendak mengelakkan kemudaratan.

Ruj : Ustaz Mansuruddin

No comments:

Post a Comment