Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 28 November 2014

Cara Menangani Stress Untuk Jiwa Yang Kosong

Cara Menangani Stress Untuk Jiwa Yang Kosong | Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pencinta.

Jiwa kita sebenarnya kosong apabila Allah itu jauh daripada kita, bukan Allah yang menjauhi kita namun kitalah yang sebenarnya yang menjauhi Allah. Sekian lama jiwa yang kosong dibiar kosong akan membuahkan bait-bait futur dalam perjuangan.

Jiwa Yang Kosong

Jangan biarkan apa yang terjadi dalam kehidupan ini membuatkan rasa kecewa yang mendalam kepada perjuangan. Terlalu ramai yang futur apabila jiwa ini kosong, apabila jiwa ini kosong, maka yang akan mengisinya adalah hasutan syaitan supaya membebaskan diri daripada semua tanggungjawab kepada perjuangan.

Mencari jalan penyelesaian daripada jiwa yang kosong daripada diisi sang Syaitan adalah menjadi tanggungjawab yang wajib diubati.

Jiwa yang kosong adalah berpunca daripada diri kita yang kurang menhadiri majlis-majlis agama, tidak hadir ke program-program jamaah, usrah, liqo'fikri, tidak mencintai rumah Allah dan jarang sekali turun ke surau. Jarang membaca buku-buku haraki, kurang bergaul dengan ulama', kurang membaca Al-Quran, bertadabbur, tadarus dan sebagainya.

Stress dengan masalah-masalah yang melanda menyebabkan anda menyendiri. Anda merasakan bahawa dengan menyendiri itu lebih baik daripada berkongsi dengan sahabat-sahabat lain. Lama-kelamaan jiwa anda akan terasa kosong, sehinggalah anda merasa selesa dengan apa yang anda lakukan. Lama-kelamaan anda malu kepada jamaah, anda malu kepada rakan-rakan di surau dan kemudiannya anda terus menyepi daripada jamaah dan masyarakat setempat.

Selagi ada masa berbakti dan peluang yang terhidang untuk melaksanakan tanggungjawab ini, anda harus kuat melayari bahtera perjuangan ini.

Saya juga seperti anda sahabat. Marilah kita sama-sama mengisi kekosongan jiwa itu seperti yang telah ulama'-ulama' mengajari kita. Di luar ini, tidak akan ada sesiapa yang akan menolong kita, dan jangan mengharapkan belas ehsan orang terhadap apa yang berlaku. Anda boleh mengisi jiwa yang kosong itu sendiri dan hidup dalam ketenangan , Insyallah Allah akan melapangkan rezeki anda dan menyelesaikan masalah yang melanda.

Jika anda STRESS, jumpa saya untuk saya buangkan stress anda itu jauh-jauh.

KLIK LINK : Stress Buat Anda Jadi Gila

SMS/Wasap/Call untuk temujanji :
Asyraf - 0199978427

No comments:

Post a Comment