Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 14 September 2014

Mengubat Penyakit Asma Melalui Bekam

Mengubat Penyakit Asma Melalui Bekam | Menurut kajian yang dijalankan pada 2009, lebih 300 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka itu dijangka meningkat kepada 400 juta orang pada 2025.

Asma di kalangan kanak-kanak

Asma berlaku kerana radang di salur udara atau kekejangan di saluran bronkus dan ia boleh berpunca daripada faktor lain seperti debunga, lipas, bulu haiwan dan kulat. 

Asap rokok, asap kereta, perubahan cuaca, bahan kimia yang beracun, jangkitan virus atau masalah emosi seperti keresahan, tekanan jiwa ataupun senaman berat dan ketawa juga boleh menyebabkan asma. 

Gejala asma termasuk sukar bernafas, nafas berdehit, batuk, sesak nafas dan dada terasa sempit. Bilangan kematian sedunia akibat asma setiap tahun dianggarkan berjumlah 250,000 kes.

Beginilah fakta yang saya ambil daripada keratan akhbar Metro yang diterbitkan pada 28/7/2013. Suatu angka yang sangat menakutkan sebenarnya menurut artikel tersebut, penyakit asma masih lagi tiada penawarnya namun boleh dikawal.

Antara yang boleh dialakukan oleh pesakit asma adalah dengan mengawal tekanan perasaan dan pemakanan. Kenal pasti punca berlakunya asma kerana setiap pesakit mempunyai simptom yang berbeza-beza.

Walaubagaimanapun, penyakit asma ini juga perlu diusahakan dengan berbekam di 10 titik Rasulullah dan titik-titik asma. Berbekam adalah bentuk kawalan yang utama. Untuk pesakit asma yang kronik, saya akan memantau pesakit ini dengan nasihat para profesional dalam bidang perubatan thibbun nabawi selama 4 bulan berturut-turut.

Insyaallah, kita hanya berusaha dan Allah yang menyembuhkannya. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment