Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 15 September 2014

Apakah Punca Masalah Tangan Berpeluh | Palmar Hyperhidrosis

Apakah Punca Masalah Tapak Tangan Berpeluh | Palmar Hyperhidrosis |  Anda mengalami masalah Tapak tangan berpeluh? Sungguh ianya sangat menyusahkan betul? Apakah punca sebenar tapak tangan berpeluh ini.

Simptom tapak tangan berpeluh ini bukan perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, Apabila tapak tangan sentiasa berpeluh kehidupan seharian akan terganggu malah lebih teruk lagi ia akan memberikan kesan emosi yang berpenjangan seperti tekanan perasaan dan kurang keyakianan diri untuk berurusan dengan orang ramai.

Masalah Tapak Tangan Berpeluh

Merujuk kepada gru-guru yang mengajar saya, jika tapak tangan lembab ia ada kaitan dengan masalah usus. Jika basah ianya berkaitan masalah hormon atau jika basah tahap lencun ianya sudah berkaitan dengan jantung.

Pengeluaran peluh yang berlebihan dalam istilah perubatannya disebut sebagai ‘hiperhidrosis’. Biasanya keadaan itu berlaku apabila seseorang memasuki alam remaja atau belia. Selain gangguan secara fizikal, hiperhidrosis juga boleh disebabkan oleh faktor psikologi (perasaan cemas/panik). 

Keadaan ini boleh terjadi pada seluruh permukaan tubuh atau hanya pada bahagian-bahagian tertentu seperti pada tapak tangan, tapak kaki dan ketiak. Masalah ini melanda 2.8 peratus dari populasi dan membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan secara sama rata. 

Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic. Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer atau sekunder.

Hiperhidrosis Primer

Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.

Hiperhidrosis Sekunder

Hiperhidrosis sekunder disebabkan kerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:
- Trauma saraf tulang belakang
- Kematian saraf perifer
- Lesi atau tumor otak
- Monopause
- Penyakit infeksi
- Penyakit metabolik
- Penyakit jantung
- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).

Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;

-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif
-Alahan
-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll
-Faktor genetik

Kesan Palmar Hyperhidrosis:

-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
-menyebabkan tekanan
-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.
-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.


Fakta penting mengenai hiperhidrosis:

  • Hiperhidrosis dialami dua peratus golongan muda
  • Kawasan setempat yang kerap mengalami peluh berlebihan ialah tangan, wajah, kaki dan bawah lengan
  • Masalah ini terdedah kepada semua individu tidak mengira bangsa atau jantina
  • Berpunca daripada sistem saraf simpatetik yang terlalu aktif
  • Memberi kesan negatif dalam kehidupan seharian dan sosial penghidap
RAWATAN

Walaubagaimanapun penyakit ini boleh dirawat dengan beberapa cara rawatan MODEN seperti berikut antaranya :- 
  • Ubat topikal — termasuk antipeluh
  • Iontophoresis — peranti bateri menyampaikan arus elektrik rendah kepada tangan, kaki atau bawah lengan
  • Ubatan oral — termasuk ubat yang menghalang impuls saraf kelenjar peluh atau mengurangkan pengeluaran peluh. Ubat antikeresahan kadangkala ditetapkan
  • Botoks — menyekat sementara blok saraf yang mencetuskan kelenjar peluh
  • Pembedahan — biasanya dikhususkan untuk kes hiperhidrosis teruk selepas rawatan lain gagal
Sebagai pengamal rawatan altenatif, saya mengesyorkan agar rawatan bagi penyakit hyperhidrosis ini dimulakan dengan rawatan seperti bekam dan pengambilan herba-herba bagi mengembalikan hormon yang tidak stabil dan merawat saraf yang mempunyai masalah tersebut.

Untuk maklumat lanjut :-

Hubungi :- Asyraf (019-9978427)



No comments:

Post a Comment