[Titik Bekam Bagi Pesakit Tekanan Darah Rendah] Mula saya membekam saya tidak mengetahui pesakit darah rendah tidak boleh dibekam, saya mula bertanya dan takut untuk membekam pesakit darah rendah. Jika bekam melebihi had tanpa melihat kondisi badan pesakit, ia akan menyebabkan pesakit darah rendah akan pengsan. Itulah apa yang diajarkan kepada saya.
Saya pernah membekam biras saya sendiri yang mengalami penyakit ini, saya hanya membekam dengan 5 cup sahaja kerana khuatir akan keadaan diri beliau. Saya kembali menelaah buku berkenaan bekam ini, dan menemui titik bekam bagi Pesakit tekanan darah rendah ini.
Dalam hati saya, adakah titik-titik untuk tekanan darah rendah sebanyak itu tidak menyebakan pesakit darah rendah akan menerima risiko pengsan. Insyaallah saya akan mendapatkan pendapat otai-otai bekam nanti dan kongsikan di sini.
No comments:
Post a Comment