Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 17 August 2014

[Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis]

[Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis] | Kencing Manis atau Diabetis merupakan penyakit dominan di dalam negara kita, terdapat pesakit seumur 10 tahun sudah terkena penyakit kencing manis ini.. Di sini saya berkongsi sedikit bekernaan Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis. Dalam hal ini, pesakit perlu memahami tiga perkara penting iaitu:
  1. Apa yang hendak dimakan,
  2. Waktu makan serta
  3. Jumlah makanan bagi memberikan kesan positif dan berpanjangan.
Terdapat tiga kumpulan makanan untuk pesakit diabetes iaitu :
  1. Makanan perlu dielakkan,
  2. Makanan perlu dihadkan serta
  3. Makanan yang bebas dimakan.
Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Ini bukan saja terhad kepada :
  1. gula tebu,
  2. gula kastor,
  3. gula melaka dan
  4. madu tetapi termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan dibungkus.
Pesakit harus membaca kandungan bahan disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan berasaskan gula seperti ;
  1. maltosa,
  2. sukrosa dan
  3. fruktosa
  4. gula yang terdapat dalam sos dan kicap.
Ini kerana, makanan atau minuman mengandungi gula ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah dengan kadar cepat. Ini termasuk ;
  1. gula pasir,
  2. gula merah,
  3. gula melaka,
  4. gula batu,
  5. gula-gula,
  6. sirap,
  7. jeruk,
  8. halwa,
  9. kuih-muih manis,
  10. susu pekat manis,
  11. buah-buahan dalam tin,
  12. minuman ringan,
  13. coklat,
  14. jem (kecuali jem untuk diabetes)
  15. dan semua makanan bersalut gula.
MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN

Makanan mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam jumlah sederhana. Ini kerana makanan ini akan dicerna dan diserap perlahan-lahan dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak. Oleh itu, pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekali gus dengan banyak.

Antaranya;
  1. nasi,
  2. bijirin,
  3. biskut,
  4. kekacang,
  5. susu,
  6. pasta,
  7. semua jenis mi,
  8. semua jenis tepung,
  9. semua jenis ubi,
  10. buah-buahan dan
  11. jus serta
  12. sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat.

MAKANAN BEBAS UNTUK DIMAKAN

Ini termasuklah ;
  1. air kosong,
  2. air mineral,
  3. kopi dan teh,
  4. air barli,
  5. jus limau nipis,
  6. sayur-sayuran,
  7. ulam-ulaman,
  8. cuka,
  9. sup,
  10. serbuk rempah,
  11. serbuk cili,
  12. herba,
  13. kicap, sos dan garam.

SERAT pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – membantu penyerapan nutrien) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit).

Serat tidak larut boleh diambil dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah.

Contoh makanan mengandungi serat termasuk ;
  1. sayur-sayuran,
  2. ulam-ulaman,
  3. buah-buahan,
  4. kekacang,
  5. bijirin,
  6. bijirin sarapan pagi,
  7. jagung dan
  8. pasta.

PROTIEN pula boleh didapati daripada;
  1. sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung dan soya) atau daripada
  2. sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu).

Ini perlu diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.

Selain menjaga pemakanan, penghidap diabetes juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti
  1. berjoging,
  2. berjalan kaki,
  3. turun naik tangga atau
  4. berkebun yang membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Selain itu, mereka perlu sentiasa mengawal kandungan gula sama ada memeriksa sendiri atau mendapatkan nasihat di hospital berhampiran.

No comments:

Post a Comment