Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 24 August 2014

[Tips Memutihkan Cup Bekam]

[Tips Memutihkan Cup Bekam] | Sebagai seorang jurubekam, inilah masalah yang sering dihadapi, iaitu cup yang sekian lama digunakan akan kelihatan pudar, paling bermasalah kalau kita tidak tahu cup ini pudar disebabkan apa.

Saya membaca beberapa komentar daripada jurubekam-jurubekam yang berpengalaman, ada yang menggunakan dettol, ada yang menggunakan klorok, sabun pencuci pinggan dan sebagainya, banyak teknik-teknik dan bahan-bahan yang digunakan untuk membasuh cup ini agar ianya sentiasa berkilat.

di bawah ini adalah Tips Memutihkan Cup Bekam yang saya simpulkan daripada perbincangan jurubekam-jurubekam yang berpengalaman dan saya kira Tips Memutihkan Cup Bekam ini adalah yang terbaik dan saya juga akan mengamalkannya insyaallah.

[Tips Memutihkan Cup Bekam]

1. Cup bekam bekam haruslah dibersihkan daripada darah selesai sahaja membekam seseorang pesakit,  iaitu dengan mengelap darah daripada melekat di cup tersebut. tidak seharusnya kita membiarkan sahaja, darah itu melekat di cup bekam tersebut kerana kesan darah itu nanti akan sukar untuk dibersihkan.

2. Rendam cup bekam ke dalam KLOROK selama 10-20 minit yang dicampur dengan SUNLIGTH kemudian bilas dengan air. Keringkan dan masukkan dalam sterilizer selama 15 minit.

Saya merasakan ini adalah teknik yang paling baik untuk saya kongsikan bersama tuan-tuan semua.

Berdasarkan ilmu yang guru saya mengajar pula, saya mencampurkan dengan Serbuk Tanah Liat Putih atau saya mencampurkannya dengan syampoo SINTOK, yang mana bahannya dibuat daripada Tanah Liat Putih untuk mematikan kuman yang melekat di Cup Bekam tersebut.

Walaubagaimanapun, konsep basuhan cup ini adalah untuk mematikan kuman dan untuk mengekalkan kekilatan cup tersebut memerlukan pengalaman orang-orang lama dalam bekam ini.

No comments:

Post a Comment