Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 25 August 2014

TAHUKAH ANDA!!! [Buah Ara adalah Buah Tin] | Khasiat Buah Tin

TAHUKAH ANDA!!! [Buah Ara adalah Buah Tin] | Khasiat Buah Tin | Rupanya buah Ara ni adalah Buah Tin, saya buat cicah budu jer buah ara ni, bunyinya krup krup rangup. Sedap. Masa masuk hutan dulu, banyak jugak kutip buah ara ni. Rupanya buah ara ni buah Tin apabila dikeringkan, patutlah rupanya sama. Tak tahu la pulak kalau buah ara spesis yang sama dengan buah tin.

Buah Ara Yang Dikeringkan

walau bagaimana pun, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
4. Menyegarkan badan yang lesu.
5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
6. Rawatan buasir.
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
8. Rawatan penyakit GOUT.

Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah).

No comments:

Post a Comment