Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 31 August 2014

[Minyak But-But dan Kelebihannya]

[Minyak But-But dan Kelebihannya] “Berapa ekor burung But-But yang dimasukkan ke dalam minyak ni?”, saya bertanya kepada seorang pengamal herba.

“Kalau pengeluaran dalam skala yang banyak, berapa ekor pula yang dimasukkan? Dah la Burung But-But susah nak dapat sekarang”, saya bertanya lagi.

“Hisy.. Tak ada seekor pun burung ni disembelih. Kesian pulak burung tu’, beliau menjawab.

“Emm? Kalau macam tu, kenapa dipanggil Minyak But-But kalau tak guna burung But-But?”, saya menimbulkan persoalan.

Kebiasaannya minyak Gamat memang dicampur dengan Gamat. Tetapi tidak dengan minyak But-But. Jadi, bagaimana minyak ini mendapat namanya?

[Minyak But-But dan Kelebihanya]

KISAH ANAK BUT-BUT PATAH KAKI

(kisah yang ditulis semula selepas didengar dari pengamal herba)

Pada suatu hari, seorang pengamal herba mahu mencari kehebatan alam yang Allah Subhanahu Wataa’la ciptakan dengan melakukan satu ujikaji dan pemerhatian di dalam hutan.

Sewaktu di dalam hutan, beliau menjumpai seekor anak burung But-But di dalam sarang yang patah kakinya. Tiba-tiba, datang ibu burung tersebut dengan membawa herba di mulut dan membalut kaki anak burung yang patah itu.

Keesokkan harinya, pengamal herba itu datang semula ke dalam hutan untuk melihat perkembangan anak burung But-But yang patah kaki itu. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati kaki anak burung But-But itu telah sembuh! Dan akhirnya beliau mengambil herba yang digunakan oleh ibu But-But untuk merawat kaki anaknya yang patah dan mencarinya di dalam hutan.

Dari situlah sejarah penghasilan Minyak But-But yang diajar dari pengantaran burung But-But kepada manusia.

ILMU KALAM ALLAH DALAM KISAH HABIL & QABIL

Kisah Minyak But-But ini adalah sama dengan kisah pengebumian Habil (anak Nabi Adam) selepas dibunuh oleh kembarnya, Qabil.

Allah Subhanahu Wataa’la memperlihatkan kepada Qabil untuk menanam Habil dengan perantaraan dua ekor burung gagak yang bergaduh, dan akhirnya seekor daripada burung gagak itu mati. Burung gagak yang masih hidup menanam gagak yang mati itu dengan mengorek dan menimbusnya dengan tanah.

Qabil belajar dari burung Gagak untuk menanam Si Habil yang mati dibunuh olehnya. Ia adalah ilmu yang Allah turunkan daripada haiwan untuk mengajar manusia. Sama seperti kisah minyak But-But ini, Allah memberi ilham kepada burung But-But untuk memberi ilmu kepada manusia bagi merawat tulang yang patah dan lain-lain penyakit lagi.

Apa yang penting dalam kisah But-But adalah herba yang digunakan, dan bukannya burung itu yang berkhasiat dalam penyembuhan penyakit. Akibat salah faham, ada pengamal herba yang merebus burung But-But untuk menghasilkan minyak. Masya-Allah.

PS : Dalam Khidmat Bekam & Urut Ke Rumah Anda ini saya menggunakan Minyak But-But ini sebagai ramuan utama dalam sesi bekam dan urutan.

No comments:

Post a Comment