Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 11 August 2014

Kebas Setelah Urut Refleksologi [Kesan-Kesan Yang Biasa Terjadi Selepas Refleksologi]

Kebas Setelah Urut Refleksologi [Kesan-Kesan Yang Biasa Terjadi Selepas Refleksologi] | Antara perkara yang kita kurang ambil tahu bekernaan refleksologi adalah kesan-kesan setelah kita melakukan Refleksologi, hari ini kita saya membaca satu berita di Miri, Sarawak bahawa berlaku kematian setelah diurut. Memang cukup menakutkan. Rujuk di sini.

Kesan-kesan Selepas Urutan Refleksologi

Saya kurang pasti adakah ianya menggunakan teknik urutan yang betul atau tidak. Saya suka bertanyakan orang yang pakar setelah beberapa simptom-simpton setelah diurut muncul.

Antara kebiasaan selepas Reflex gejala-gejala ini akan berlaku :-

1) Gatal-gatal 
2) Lebam-lebam
3) Kebas-kebas
4) Rasa tidak sedap badan @ Demam 
5) Alahan pada minyak urut 
6) Air kencing berwarna keruh 
7) Kepala akn terasa sakit 
8) Suhu badan akan naik 
9) Urat darah akan menonjol.

Sumber KKM ~ TCM.

Saya pernah membuat refleksi kepada pesakit dan keesokkan harinya kaki beliau terasa kebas, ini terjadi kerana berlaku kesumbatan darah di kaki, untuk melegakan kaki tersebut, disarankan untuk meminum madu dan habbatussauda. Saya juga disarankan supaya membuat rendaman kaki di mana tekniknya seperti berikut :-

Sediakan periuk besar letak air melepasi buku lali dan pasang api kecil dan masukankan herba kaki bila suhu dah panas sekadar boleh rendam kaki. Tunggu sampai berpeluh.

Wallahuaklam, walaubagaimanapun guru yang terbaik adalah pengalaman.

No comments:

Post a Comment