Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 11 August 2014

Kalendar Bekam 2014 [Hari-Hari Afdhal Untuk Berbekam Bulan Syawal 1435/Ogos 2014]

Kalendar Bekam 2014 [Hari-Hari Afdhal Untuk Berbekam Bulan Syawal 1435/Ogos 2014] Terdapat hari-hari yang terbaik yang disebut oleh Rasulullah SAW untuk berbekam. Ianya adalah hari yang ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik untuk berbekam. Hari-hari tersebut disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya. 

Kalendar Bekam 2014

Dari 'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" ...........(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).

Pada Bulan Syawal ini, tarikh-tarikh yang afdhal untuk berbekam adalah seperti berikut :-

17 Syawal / Rabu 13 Ogos 2014
19 Syawal/ Jumaat 15 Ogos 2014
21 Syawal/ Ahad 17 Ogos 2014

Satu hadis nabi mengenai berbekam dalam kitab Tibbun Nabawi oleh Imam Ibnu Qayyim keadaan di mana Rasulullah SAW sedang berihram dan berpuasa sunnat lagikan pula ketika waktu zohor tiba-tiba Baginda merasai sakit kepala yang amat sangat lalu Baginda menyuruh seorang Sahabat untuk membekam kepala Baginda SAW...

Iktibar dan pengajaran hadis tersebut adalah :- 

1.Berbekam paling afdal ketika sedang sakit (spt .migrain, gout, darah tinggi, sengal dan bisa2 badan, alergik, vertigo..dsb..) tanpa mengira faktor hari, tarikh dan masa

2) Kepada mereka yang sihat ambillah hari dan masa yang disebut dlm Hadis Nabi tersebut

3) Berkenaan tarikh hijriah 17,19 &21 ini memang lebih utama dan sesuai utk berbekam kerana fadilatnya yang sangat besar walaupun kadang2 tarikh tersebut jatuh pada hari rabu@ selainnya.

wallahua'lam

Kalau tidak dapat dielakkan dan amat memerlukan rawatan pada hari Rabu saya beranggapan boleh kerana bila dua kemudaratan berjumpa yang kurang mudarat patut dipilih.

Syaikhuna hafizohullah, Syeikh Dr Jamal Saqr Al Husaini menyimpulkan drpd hadith-hadith nabi bahawasanya makruh berbekam pada hari Rabu.

Sumber : Bincang Bekam Group

>>> Mahu Bekam ke Rumah Anda?

Call/Wasap : 019-9978427 (Asyraf)

No comments:

Post a Comment