Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 6 August 2014

[Cara Buang Toksid Di Dalam Badan]

[Cara Buang Toksid Di Dalam Badan] | Badan letih,lesu dan tidak bermaya setelah balik daripada bekerja? Msalah sakit pinggang, migrain sering dialami anda dan buntu bagaimana ini menyembuhkan penyakit ini. Jemu mengambil ubat-ubatan di klinik dan hospital?

Bekam | Cara Buang Toksid Dalam Badan

Anda usah bimbang, setiap penyakit pasti ada ubatnya, kerja kita hanya usaha, doa dan tawakal. Memohon keampunan di atas setiap kesalahan yang kita lakukan dan bermohonlah kepada Allah agar diberikan kesembuhan.

Kesakitan dan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita mempunyai hikmah disebaliknya.
Firaun yag sombong dengan nikmat kesihatan Mati ditelan laut. Kerana kesombongan itulah Allah menghukumnya.

Kita sebagai manusia biasa juga tidak lari daripada sifat sombong. Jangan ada di antara kita yang sombong dengan nikmat kesihatan ini. 

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Berbekam bukanlah hanya untuk mengubati penyakit-penyakit yang saya sebutkan di atas namun, di dalam bekam itu ada keberkatan kerana ianya adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah. Di samping kita berubat, pahala juga kita dapat.

Marilah sama-sama kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah agar diberikan nikmat kesihatan ini agar kita mudah untuk beribadah kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment