Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 27 August 2014

[Bekam Pertama Kali Satu Pengalaman Yang Berharga]

[Bekam Pertama Kali Satu Pengalaman Yang Berharga] | Apakah perasaan anda apabila pertama kali berbekam? Sudah tentu bermacam-macam perasaan timbul sebelum berbekam, saya juga seperti anda, rasa takut dan ngeri itu menyelubungi, apatah lagi apabila jarum ditusuk-tusuk ke
dalam kulit. Pengalaman ini cukup menakutkan.

Gambar Berbekam Pertama Kali Abah Cereno

Gambar Berbekam Pertama Kali Abah Cereno

Gambar Berbekam Pertama Kali Abah Cereno

Namun dari mana datangnya gerak hati tuan-tuan untuk berbekam? Sudah tentu kekuatan itu lahirnya daripada Allah taala, jiwa manusia ini ada kekuatan iaitu kekuatan iman yang percaya bahawa dengan bekam itu ada kesembuhan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Walaupun jutaan info saya kongsikan kepada anda bekenaan kelebihan berbekam, namun selagi Allah taala tidak mencampakkan kefahaman tentang kebaikan berbekam ini pada anda, anda mungkin tidak akan mengenali bekam ini sampai bila-bila.

Di manakah silapnya sehingga separuh daripada usia kita, kita tidak pernah pun berbekam. Sedangkan inilah perubatan utama ummat Islam.

Bagi saya, Kementerian Kesihatan perlu memainkan peranan yang penting dalam mempublisiti bekam ini di seluruh Masyarakat. Bukan sahaja mempopularkan Chinese Medicine, tetapi popularkan juga Islamic Medicine ini.

Dan kepada pertama kali yang berbekam sudah tentu ini suatu pengalaman yang berharga buat anda. Kredit buat ABAH CERENO yang sudi berbekam dengan saya semalam. Di atas adalah antara gambar-gambar beliau yang sedang dibekam.

No comments:

Post a Comment