Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 7 August 2014

[Bekam Kerana Sakit Pinggang] Pesakit Mengadu Sakit Di Bahagian Pinggang Kerana Tersalah Teknik Mengangkat Barang

[Bekam Kerana Sakit Pinggang] Pesakit Mengadu Sakit Di Bahagian Pinggang Kerana Tersalah Teknik Mengangkat Barang | Malam tadi saya ke Ampang untuk membekam seorang pesakit yang merupakan pelanggan regular saya. Abang ni selalu berbekam dengan saya, dan beliau mengalami migrain yang agak teruk sebelum ini. Sebelum ini dalam sebulan beliau mengalami migrain 2 -3 kali.

Bekam Kerana Sakit Pinggang
Cup Berwap Kerana Angin Dalam Badan Di Keluarkan
(Point di leher, bahu, belikat)
Bekam Kerana Sakit Pinggang
Point di kepala untuk migrain
Bekam Kerana Sakit Pinggang
Point di bahagian kaki
Sebelum puasa tempoh hari saya membekam beliau di kepala dan point-point Rasulullah dan malam tadi Alhamdulillah, beliau memberitahu saya, beliau hanya di serang migrain hanya sekali dalam bulan puasa, itu pun kerana cuaca yang terlalu panas katanya.

Saya mengucap syukur ke hadrat Allah di atas apa yang beliau rasakan. Malam tadi, beliau memesej saya di Facebook Khidmat Bekam Sunnah & Urutan Ke Rumah Anda mengatakan bahawa pinggang beliau mempunyai masalah.

Saya memberitahu beliau, saya akan cuba melihat dahulu, kerana saya masih kurang pakar dalam urutan urat ini jika puncanya daripada urat.

Lebih kurang 9.45 malam saya tiba di rumah beliau, saya mulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan memulakan beberapa teknik urutan kiropraktik (tulang belakang). Ada tempat-tempat yang beliau rasan ngilu setelah urutan tersebut diberikan.

Kemudian, saya membekam beliau di kawasan-kawasan tertentu seperti di gambar yang saya lampirkan. Mohon maaf, gambar tersebut saya tidak boleh upload penuh kerana untuk menjaga aurat beliau.

Selepas daripada proses pebekaman itu, Alhamdulillah, beliau berasa lega.

Daripada pengalaman saya, apabila pinggang kita berasa lenguh, sakit, urat tersimpul dan sebagainya darah kotor biasanya akan berkumpul di sekitar yang sakit itu. Saya tidak pakar dalam urut dalam kes terseliuh, urat tersimpul dan apa-apa yang berkaitan urat, namun saya hanya membuat beberapa teknik yang saya belajar untuk membetulkan tulang belakang kepada abang tadi untuk mengetahui samada masalah beliau berpunca daripada urat ataupun tulang belakang.

Saya dapati ianya mungkin hanya simpulan urat sahaja. Saya pesan kepada beliau, jika kesakitan berterusan teruslah berjumpa dengan pakar urut yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment