Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 27 August 2014

[Apakah Gunanya Air Liur dalam Kehidupan Kita]

[Apakah Gunanya Air Liur dalam Kehidupan Kita] | Kita mesti geli apabila ada orang meludah merata-rata kan? Sedangkan kita tidak pernah terfikir apakah sebenarnya kepentingan air liur dalam kehidupan kita. Pernahkah anda terfikir apa gunanya air liur dalam mulut? Ramai orang tidak menyedari betapa pentingnya peranan air liur dalam kehidupan kita sehari-hari.


Air liur dihasilkan oleh organ pengeluar liur yang dinamakan kelenjar liur. Kelenjar ini berbentuk seperti anggur dan banyak terdapat dalam mulut kita. Liur ini akan keluar ke dalam mulut melalui terowong kecil yang dinamakan duktus, yang menghubungkan kelenjar liur dengan ruang mulut. Hujung duktus ini terletak di empat penjuru mulut dekat gigi-gigi geraham pertama dan kedua.

Kita perlukan air liur kerana ia beraksi menghaluskan makanan yang telah dikunyah sehingga menyebabkan ia terasa enak dan mudah ditelan.Dalam keadaan lazim, air liur juga berperanan sebagai pelincir dan pembersih mulut.

Ahli sains menemui bahawa dalam keadaan lazim, seorang remaja akan menghasilkan 
sejumlah 3.7 mililiter (ml) air liur setiap lima minit. Jumlah ini akan meningkat kepada 13.8 
ml apabila kita mengunyah.
Tetapi kelenjar liur boleh mengalami sekatan kerana perasaan tertekan yang amat seperti semasa mengambil peperiksaan, penyakit tertentu atau kesan sampingan ubat yang dimakan.

Rasa cemas ini akan menyampaikan arahan kepada kelenjar liur kita untuk mengurangkanb pengeluaran liur. Tetapi keadaan ini adalah sementara kerana setelah rasa cemas hilang, kelenjar liur kita berfungsi seperti biasa.

Tetapi kerosakan kelenjar liur boleh juga bersifat kekal. Misalkan, penderita penyakit kanser mulut yang melalui rawatan sinar X akan mengalami kerosakan kelenjar liur yang 
kekal.

Apabila fungsi kelenjar liur terencat sama ada secara sementara atau kekal, ia akan menyebabkan jumlah air liur yang dihasilkan berkurangan.

No comments:

Post a Comment