Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 9 August 2014

[Apa Yang Perlu Dibuat Bagi Pesakit Darah Rendah Sebelum Dibekam]

[Apa Yang Perlu Dibuat Bagi Pesakit Darah Rendah Sebelum Dibekam] Saya menerima beberapa pandangan dan tunjuk ajar daripada otai-otai pembekam bekenaan titik titik bekam bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah.

Ada yang berpengalaman tidak penah membekam pesakit darah rendah. Manakala ada berpandangan boleh dibekam dengan kuantiti cup tidak banyak dan tidak boleh buat banyak secara serentak.

Saya pernah membekam pesakit darah rendah seperti yang saya ceritakan di dalam blog ini sebelum ini. Walaubagaimana pun setelah saya menelaah buku titik bekam, saya menemui titik-titik bekam bagi pesakit tekanan darah ini seperti di gambar di bawah.

Titik Bekam Bagi Pesakit Tekanan Darah Rendah

Mengikut salah satu pandangan, pesakit tekanan darah rendah perlu diberi minum kopi radix dan madu sebelum dibekam, tujuannya adalah untuk meningkat tekanan darah di dalam badan.

Selain itu ada juga pembekam memberi makan HB 5 biji 10 minit sebelum bekam. Kemudian selepas bekam pesakit diberi minum 1 sudu madu asli digoncang dengan 200ml air sebanyak 50 kali goncangan diiringi dengan kalimah Allah Allah Allah.

Saya lebih cenderung kepada pesakit diberi makan HB 5 biji dan air madu untuk membekam pesakit darah rendah.

Walau apapun, segala kesembuhan itu daripada Allah saya hanya menyampaikan apa yang telah disampaikan kepada saya. Insyaallah marilah kita memohon supaya Allah memberikan kita nikmat kesihatan berpanjangan.

No comments:

Post a Comment