Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 31 August 2014

[Minyak But-But dan Kelebihannya]

[Minyak But-But dan Kelebihannya] “Berapa ekor burung But-But yang dimasukkan ke dalam minyak ni?”, saya bertanya kepada seorang pengamal herba.

“Kalau pengeluaran dalam skala yang banyak, berapa ekor pula yang dimasukkan? Dah la Burung But-But susah nak dapat sekarang”, saya bertanya lagi.

“Hisy.. Tak ada seekor pun burung ni disembelih. Kesian pulak burung tu’, beliau menjawab.

“Emm? Kalau macam tu, kenapa dipanggil Minyak But-But kalau tak guna burung But-But?”, saya menimbulkan persoalan.

Kebiasaannya minyak Gamat memang dicampur dengan Gamat. Tetapi tidak dengan minyak But-But. Jadi, bagaimana minyak ini mendapat namanya?

[Minyak But-But dan Kelebihanya]

KISAH ANAK BUT-BUT PATAH KAKI

(kisah yang ditulis semula selepas didengar dari pengamal herba)

Pada suatu hari, seorang pengamal herba mahu mencari kehebatan alam yang Allah Subhanahu Wataa’la ciptakan dengan melakukan satu ujikaji dan pemerhatian di dalam hutan.

Sewaktu di dalam hutan, beliau menjumpai seekor anak burung But-But di dalam sarang yang patah kakinya. Tiba-tiba, datang ibu burung tersebut dengan membawa herba di mulut dan membalut kaki anak burung yang patah itu.

Keesokkan harinya, pengamal herba itu datang semula ke dalam hutan untuk melihat perkembangan anak burung But-But yang patah kaki itu. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati kaki anak burung But-But itu telah sembuh! Dan akhirnya beliau mengambil herba yang digunakan oleh ibu But-But untuk merawat kaki anaknya yang patah dan mencarinya di dalam hutan.

Dari situlah sejarah penghasilan Minyak But-But yang diajar dari pengantaran burung But-But kepada manusia.

ILMU KALAM ALLAH DALAM KISAH HABIL & QABIL

Kisah Minyak But-But ini adalah sama dengan kisah pengebumian Habil (anak Nabi Adam) selepas dibunuh oleh kembarnya, Qabil.

Allah Subhanahu Wataa’la memperlihatkan kepada Qabil untuk menanam Habil dengan perantaraan dua ekor burung gagak yang bergaduh, dan akhirnya seekor daripada burung gagak itu mati. Burung gagak yang masih hidup menanam gagak yang mati itu dengan mengorek dan menimbusnya dengan tanah.

Qabil belajar dari burung Gagak untuk menanam Si Habil yang mati dibunuh olehnya. Ia adalah ilmu yang Allah turunkan daripada haiwan untuk mengajar manusia. Sama seperti kisah minyak But-But ini, Allah memberi ilham kepada burung But-But untuk memberi ilmu kepada manusia bagi merawat tulang yang patah dan lain-lain penyakit lagi.

Apa yang penting dalam kisah But-But adalah herba yang digunakan, dan bukannya burung itu yang berkhasiat dalam penyembuhan penyakit. Akibat salah faham, ada pengamal herba yang merebus burung But-But untuk menghasilkan minyak. Masya-Allah.

PS : Dalam Khidmat Bekam & Urut Ke Rumah Anda ini saya menggunakan Minyak But-But ini sebagai ramuan utama dalam sesi bekam dan urutan.

Thursday, 28 August 2014

[Stress Boleh Jadi Anda Gila]

[Stress Boleh Jadi Anda Gila] | Masyarakat kita hari ini bangga dengan duit banyak, mencari harta itu lebih utama daripada segala-galanya. Mencari duit sehingga lupa apa yang ada di sekeliling. Tekanan hidup dengan bebanan kerja dan kos sara hidup yang tinggi. Ini mengundang STRESS. 

Stress Boleh Jadi Anda Gila

STRESS amat bahaya jika tidak dikawal dengan baik. STRESS membolehkan seseorang itu menjadi GILA, Inilah saya ingin kongsikan pada anda hari ini, Kalau anda STRESS buat apa anda makan ubat lagi, RUGILAH ANDA jika berbuat demikian, sedangkan Rasulullah menganjurkan kita supaya berbekam. 

Jom, tunggu apa lagi, jom kita berbekam...

>>> Call/Wasap : 019-9978427 (Asyraf)

Wednesday, 27 August 2014

[Apakah Gunanya Air Liur dalam Kehidupan Kita]

[Apakah Gunanya Air Liur dalam Kehidupan Kita] | Kita mesti geli apabila ada orang meludah merata-rata kan? Sedangkan kita tidak pernah terfikir apakah sebenarnya kepentingan air liur dalam kehidupan kita. Pernahkah anda terfikir apa gunanya air liur dalam mulut? Ramai orang tidak menyedari betapa pentingnya peranan air liur dalam kehidupan kita sehari-hari.

Air liur dihasilkan oleh organ pengeluar liur yang dinamakan kelenjar liur. Kelenjar ini berbentuk seperti anggur dan banyak terdapat dalam mulut kita. Liur ini akan keluar ke dalam mulut melalui terowong kecil yang dinamakan duktus, yang menghubungkan kelenjar liur dengan ruang mulut. Hujung duktus ini terletak di empat penjuru mulut dekat gigi-gigi geraham pertama dan kedua.

Kita perlukan air liur kerana ia beraksi menghaluskan makanan yang telah dikunyah sehingga menyebabkan ia terasa enak dan mudah ditelan.Dalam keadaan lazim, air liur juga berperanan sebagai pelincir dan pembersih mulut.

Ahli sains menemui bahawa dalam keadaan lazim, seorang remaja akan menghasilkan 
sejumlah 3.7 mililiter (ml) air liur setiap lima minit. Jumlah ini akan meningkat kepada 13.8 
ml apabila kita mengunyah.
Tetapi kelenjar liur boleh mengalami sekatan kerana perasaan tertekan yang amat seperti semasa mengambil peperiksaan, penyakit tertentu atau kesan sampingan ubat yang dimakan.

Rasa cemas ini akan menyampaikan arahan kepada kelenjar liur kita untuk mengurangkanb pengeluaran liur. Tetapi keadaan ini adalah sementara kerana setelah rasa cemas hilang, kelenjar liur kita berfungsi seperti biasa.

Tetapi kerosakan kelenjar liur boleh juga bersifat kekal. Misalkan, penderita penyakit kanser mulut yang melalui rawatan sinar X akan mengalami kerosakan kelenjar liur yang 
kekal.

Apabila fungsi kelenjar liur terencat sama ada secara sementara atau kekal, ia akan menyebabkan jumlah air liur yang dihasilkan berkurangan.

[Bekam Pertama Kali Satu Pengalaman Yang Berharga]

[Bekam Pertama Kali Satu Pengalaman Yang Berharga] | Apakah perasaan anda apabila pertama kali berbekam? Sudah tentu bermacam-macam perasaan timbul sebelum berbekam, saya juga seperti anda, rasa takut dan ngeri itu menyelubungi, apatah lagi apabila jarum ditusuk-tusuk ke
dalam kulit. Pengalaman ini cukup menakutkan.

Gambar Berbekam Pertama Kali Abah Cereno

Namun dari mana datangnya gerak hati tuan-tuan untuk berbekam? Sudah tentu kekuatan itu lahirnya daripada Allah taala, jiwa manusia ini ada kekuatan iaitu kekuatan iman yang percaya bahawa dengan bekam itu ada kesembuhan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Walaupun jutaan info saya kongsikan kepada anda bekenaan kelebihan berbekam, namun selagi Allah taala tidak mencampakkan kefahaman tentang kebaikan berbekam ini pada anda, anda mungkin tidak akan mengenali bekam ini sampai bila-bila.

Di manakah silapnya sehingga separuh daripada usia kita, kita tidak pernah pun berbekam. Sedangkan inilah perubatan utama ummat Islam.

Bagi saya, Kementerian Kesihatan perlu memainkan peranan yang penting dalam mempublisiti bekam ini di seluruh Masyarakat. Bukan sahaja mempopularkan Chinese Medicine, tetapi popularkan juga Islamic Medicine ini.

Dan kepada pertama kali yang berbekam sudah tentu ini suatu pengalaman yang berharga buat anda. Kredit buat ABAH CERENO yang sudi berbekam dengan saya semalam. Di atas adalah antara gambar-gambar beliau yang sedang dibekam.

Tuesday, 26 August 2014

[Ketahui Waktu Subur Seseorang Wanita]

[Ketahui Waktu Subur Seseorang Wanita] | Biasanya, kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28 hingga 30 hari. Namun, setiap wanita mempunyai kitaran haidnya tersendiri. Ada yang 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi, secara puratanya ialah 28 hingga 30 hari. Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.

[Ketahui Waktu Subur Seseorang Wanita]
 
HARI KE- 1 HINGGA KE-4

Ianya dikenali sebagai fasa pengeluaran haid (menstruation). Ketika ini darah haid akan keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid, ia perlu ditanda di kalendar dan begitu juga tarikh tamatnya haid. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 

HARI KE- 5 HINGGA KE-13 

Ianya dikenali sebagai fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam induknya akan menjadi semakin matang. 

HARI KE-14 

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada induknya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim. 

HARI KE-15 HINGGA KE-28 

Ia dikenali sebagai fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari induknya, sejenis hormon yang dikenali sebagai progestrone di rembes daripada induknya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama. 

WAKTU SUBUR 

Waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada induknya. Sebenarnya, waktu kesuburan yang paling tepat ialah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ini bermakna kesuburan hanya berlaku sehari sahaja di setiap bulan. 

Contohnya, pusingan haid seorang wanita itu ialah 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke-14 itu adalah hari yang paling subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke-14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke -21 adalah waktu suburnya. 

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Monday, 25 August 2014

TAHUKAH ANDA!!! [Buah Ara adalah Buah Tin] | Khasiat Buah Tin

TAHUKAH ANDA!!! [Buah Ara adalah Buah Tin] | Khasiat Buah Tin | Rupanya buah Ara ni adalah Buah Tin, saya buat cicah budu jer buah ara ni, bunyinya krup krup rangup. Sedap. Masa masuk hutan dulu, banyak jugak kutip buah ara ni. Rupanya buah ara ni buah Tin apabila dikeringkan, patutlah rupanya sama. Tak tahu la pulak kalau buah ara spesis yang sama dengan buah tin.

Buah Ara Yang Dikeringkan

walau bagaimana pun, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
4. Menyegarkan badan yang lesu.
5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
6. Rawatan buasir.
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
8. Rawatan penyakit GOUT.

Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah).

Sunday, 24 August 2014

[Tips Memutihkan Cup Bekam]

[Tips Memutihkan Cup Bekam] | Sebagai seorang jurubekam, inilah masalah yang sering dihadapi, iaitu cup yang sekian lama digunakan akan kelihatan pudar, paling bermasalah kalau kita tidak tahu cup ini pudar disebabkan apa.

Saya membaca beberapa komentar daripada jurubekam-jurubekam yang berpengalaman, ada yang menggunakan dettol, ada yang menggunakan klorok, sabun pencuci pinggan dan sebagainya, banyak teknik-teknik dan bahan-bahan yang digunakan untuk membasuh cup ini agar ianya sentiasa berkilat.

di bawah ini adalah Tips Memutihkan Cup Bekam yang saya simpulkan daripada perbincangan jurubekam-jurubekam yang berpengalaman dan saya kira Tips Memutihkan Cup Bekam ini adalah yang terbaik dan saya juga akan mengamalkannya insyaallah.

[Tips Memutihkan Cup Bekam]

1. Cup bekam bekam haruslah dibersihkan daripada darah selesai sahaja membekam seseorang pesakit,  iaitu dengan mengelap darah daripada melekat di cup tersebut. tidak seharusnya kita membiarkan sahaja, darah itu melekat di cup bekam tersebut kerana kesan darah itu nanti akan sukar untuk dibersihkan.

2. Rendam cup bekam ke dalam KLOROK selama 10-20 minit yang dicampur dengan SUNLIGTH kemudian bilas dengan air. Keringkan dan masukkan dalam sterilizer selama 15 minit.

Saya merasakan ini adalah teknik yang paling baik untuk saya kongsikan bersama tuan-tuan semua.

Berdasarkan ilmu yang guru saya mengajar pula, saya mencampurkan dengan Serbuk Tanah Liat Putih atau saya mencampurkannya dengan syampoo SINTOK, yang mana bahannya dibuat daripada Tanah Liat Putih untuk mematikan kuman yang melekat di Cup Bekam tersebut.

Walaubagaimanapun, konsep basuhan cup ini adalah untuk mematikan kuman dan untuk mengekalkan kekilatan cup tersebut memerlukan pengalaman orang-orang lama dalam bekam ini.

Friday, 22 August 2014

[Petua Mengubati Gout & Cara-Cara Mengatasinya]

[Petua Mengubati Gout & Cara-Cara Mengatasinya] | Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Di kalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Petua Mengubati Gout
 
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

ASID URIK

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

UBAT GOUT HOSPITAL

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilannya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak. Jadi perlu dinyatakan lagi bahawa gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makanan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan yang merapu merosakkan buah pinggang.

Gout juga boleh diubati dengan berbekam Insyallah, di bawah adalah gambar titik-tik bekam untuk Penyakit Gout

Titik-Titik Bekam Penyakit Gout

Thursday, 21 August 2014

[7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi]

[7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi] Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan      berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
7.    Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Wednesday, 20 August 2014

[Makluman Perkhidmatan Bekam & Urut di Kuantan Di Tutup]

[Makluman Perkhidmatan Bekam & Urut di Kuantan Di Tutup] Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada rakan-rakan yang pernah berbekam dan mengurut dengan saya di KUANTAN,Pahang. Saya memohon maaf kerana saya akan menutup perkhidmatan Bekam & Urut saya di sana.

Bekam & Urut di Kuantan Di Tutup

Penutupan Khidmat Bekam & Urut di Kuantan adalah kerana kekangan masa saya untuk menjalankan perkhidmatan di sana. 

Buat masa sekarang saya hanya dapat memberikan komitmen di sekitar PUTRAJAYA dan yang berdekatan dengannya seperti (BANGI,KAJANG,PUCHONG,DENGKIL,SERI KEMBANGAN,SERDANG,KL dan lain-lain)

Segala kesulitan anda amatlah dikesali. 

Kepada anda yang ingin berbekam dan mengurut di Kuantan, anda bolehlah menghubungi kawan saya iaitu FB Ali Urut Dan Bekam

Sunday, 17 August 2014

[Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis]

[Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis] | Kencing Manis atau Diabetis merupakan penyakit dominan di dalam negara kita, terdapat pesakit seumur 10 tahun sudah terkena penyakit kencing manis ini.. Di sini saya berkongsi sedikit bekernaan Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis. Dalam hal ini, pesakit perlu memahami tiga perkara penting iaitu:
  1. Apa yang hendak dimakan,
  2. Waktu makan serta
  3. Jumlah makanan bagi memberikan kesan positif dan berpanjangan.
Terdapat tiga kumpulan makanan untuk pesakit diabetes iaitu :
  1. Makanan perlu dielakkan,
  2. Makanan perlu dihadkan serta
  3. Makanan yang bebas dimakan.
Tips Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis/Kencing Manis

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Ini bukan saja terhad kepada :
  1. gula tebu,
  2. gula kastor,
  3. gula melaka dan
  4. madu tetapi termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan dibungkus.
Pesakit harus membaca kandungan bahan disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan berasaskan gula seperti ;
  1. maltosa,
  2. sukrosa dan
  3. fruktosa
  4. gula yang terdapat dalam sos dan kicap.
Ini kerana, makanan atau minuman mengandungi gula ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah dengan kadar cepat. Ini termasuk ;
  1. gula pasir,
  2. gula merah,
  3. gula melaka,
  4. gula batu,
  5. gula-gula,
  6. sirap,
  7. jeruk,
  8. halwa,
  9. kuih-muih manis,
  10. susu pekat manis,
  11. buah-buahan dalam tin,
  12. minuman ringan,
  13. coklat,
  14. jem (kecuali jem untuk diabetes)
  15. dan semua makanan bersalut gula.
MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN

Makanan mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam jumlah sederhana. Ini kerana makanan ini akan dicerna dan diserap perlahan-lahan dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak. Oleh itu, pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekali gus dengan banyak.

Antaranya;
  1. nasi,
  2. bijirin,
  3. biskut,
  4. kekacang,
  5. susu,
  6. pasta,
  7. semua jenis mi,
  8. semua jenis tepung,
  9. semua jenis ubi,
  10. buah-buahan dan
  11. jus serta
  12. sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat.

MAKANAN BEBAS UNTUK DIMAKAN

Ini termasuklah ;
  1. air kosong,
  2. air mineral,
  3. kopi dan teh,
  4. air barli,
  5. jus limau nipis,
  6. sayur-sayuran,
  7. ulam-ulaman,
  8. cuka,
  9. sup,
  10. serbuk rempah,
  11. serbuk cili,
  12. herba,
  13. kicap, sos dan garam.

SERAT pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – membantu penyerapan nutrien) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit).

Serat tidak larut boleh diambil dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah.

Contoh makanan mengandungi serat termasuk ;
  1. sayur-sayuran,
  2. ulam-ulaman,
  3. buah-buahan,
  4. kekacang,
  5. bijirin,
  6. bijirin sarapan pagi,
  7. jagung dan
  8. pasta.

PROTIEN pula boleh didapati daripada;
  1. sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung dan soya) atau daripada
  2. sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu).

Ini perlu diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.

Selain menjaga pemakanan, penghidap diabetes juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti
  1. berjoging,
  2. berjalan kaki,
  3. turun naik tangga atau
  4. berkebun yang membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Selain itu, mereka perlu sentiasa mengawal kandungan gula sama ada memeriksa sendiri atau mendapatkan nasihat di hospital berhampiran.

Saturday, 16 August 2014

WAJIB BACA!!! [Tips Menjaga Buah Pinggang]

WAJIB BACA!!! [Tips Menjaga Buah Pinggang] Buah pinggang adaah salah satu daripada organ badan yang sangat penting, banyak penyakit berpunca daripada tiada berfungsinya buah pinggang. berikut adalah TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG untuk infomasi kita bersama.

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4. Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

5. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Friday, 15 August 2014

[Bekam Ketika Demam] Adakah Bekam Boleh Menghilangkan Demam

[Bekam Ketika Demam] Adakah Bekam Boleh Menghilangkan Demam Pada mulanya saya juga tidak tahu bahawa Bekam boleh menghilangkan demam dan panas-panas badan. Rupa-rupanya apabila kita demam, bekam juga boleh dibuat. Dimulakan dengan bekam angin dengan menggunakan titik-titik sunnah bekam Rasulullah, dan perlu juga dikenalpasti penyakit-penyakit sampingan yang ada. 

Titik Bekam AL-Kaahil

Teknik bekam angin ini untuk membuang angin di dalam panas, apabila badan demam, sudah tentu badan dalam keadaan yang panas, pada ketika itu darah naik mendadak, oleh sebab itu apabila bekam pada waktu demam, berkemungkinan darah akan keluar dengan banyak dan pesakit akan merasa lega dan kebah.